Categories
Islamic

*Penjelasan Isu Status Halal Mi Kari OLDTOWN White Coffee*

Ramai pengguna di media sosial mula menularkan video yang mendakwa Mi Kari OLDTOWN White Coffee tidak halal kerana menggunakan daging babi dalam kandungan mi kari mereka.

Berdasarkan semakan pihak kami, premis makanan OLDTOWN White Coffee merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah. Perlu difahami bahawa premis makanan yang memiliki SPHM bermaksud seluruh rantaian halalnya telah disemak dan disahkan oleh pihak berautoriti.

Untuk makluman juga, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah mengunjungi cawangan OLDTOWN White Coffee berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengesahkan bahawa dakwaan yang tular melalui video berkenaan adalah TIDAK BENAR. Rujuk penjelasan lanjut KPDNHEP di:-

Tuduhan melulu dari pihak yang tidak bertanggungjawab ini juga turut dijawab secara rasmi oleh pihak syarikat di:-

Justeru, masyarakat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu berita atau mesej tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara.

Selain itu, masyarakat pengguna juga digalakkan untuk mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di http://www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal.
http://www.smarthalal.com.my/faq.html

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Harap maklum dan terima kasih.

“Yakini Halal Malaysia”

By donshafi9️⃣1️⃣1️⃣

May Allah s.w.t. grant us His taufiq so that we may taste the sweetness of our faith and gratitude and experience the pleasure of worshipping Allah . Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

*Mohon share di group2 lain. Semoga bermanfaat Barakallahu fiikum*

*Jazāk Allāhu Khayran*

👉The views expressed in this article are the author’s own and do not necessarily reflect my stance @donshafi911.

👉Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian @donshafi911.

👉 https://vk.com/club176201652

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s