Siapakah dalang video aljazeera ?
Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia dengan pendirian yang membuktikan bahawa rakyat majoriti masih prihatin dan menyayangi negara Malaysia yang tercinta.
Ribuan rakyat MALAYSIA memberikan komen mempertahankan tindakan kerajaan dalam menangani kes pendatang tanpa izin tatkala mengendalikan pandemik Covid-19 di Malaysia.
Rakyat Malaysia secara umumnya marah dan menghentam aljazeera yang menayangkan video dokumentari yang menyalahkan kerajaan yang bersikap tegas (mereka kata racisme) terhadap kebanjiran pendatang tanpa izin di Malaysia.
1- Adakah kita mahu membiarkan pemerdagangan manusia yang membawa ratusan ribu warga asing ke Malaysia?
2- Adakah kita rela dengan kebanjiran jutaaan pekerja asing yang datang tanpa memiliki sebarang kebenaran atau permit secara rasmi ?
3- Tidakkah kemasukan pendatang asing yang terlalu ramai ini mengakibatkan isu keselamatan dan kesejahteraan negara ?
4- Tidakkah kebanjiran jutaan pekerja tanpa izin ini mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung beban bagi menjaga kebajikan mereka serta menanggung kos kesihatan melindungi mereka ?
5- Siapakah ‘mereka’ yang menjadi dalang sehingga lahirnya video dokumentari aljazeera yang memburuk-burukkan kerajaan Malaysia ini?
6- Adakah wajar kita membiarkan negara ini dibanjiri jutaan pendatang tanpa izin atas nama hak asasi manusia?
Syabas saya ucapkan kepada rakyat dan kerajaan Malaysia kerana bersatu hati dalam isu kesejahteraan dan keselamatan negara !
Ini adalah sebahagian daripada petanda bahawa kita menyayangi negara Malaysia yang tercinta !
Zainur Rashid Z
Ikuti perkongsian di [ t.me/zainurrashid ]
Video aljazeera

t.me/zainurrashid/857