Islamic – PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Bermuka-muka Amalan Paling Buruk

t.me/hadisharian_ikram/1821

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bermuka-muka Amalan Paling Buruk

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَجِدُونَ مِنْ شَرِّ النَّاسِ ذَا الْوَجْهَيْنِ الَّذِي يَأْتِي هَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ وَهَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ

Daripada Abu Hurairah RA dan sanadnya sampai kepada Nabi SAW, baginda bersabda: “Kalian mendapati bahawa orang yang paling buruk di antara manusia adalah orang yang bermuka dua, datang kepada satu golongan dengan satu muka dan pada golongan yang lain dengan muka yang lain.” (HR Ahmad No: 7039) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang yang paling buruk diantara manusia ialah yang memiliki sikap bermuka-muka

2. Orang yang bermuka-muka adalah orang yang menyembunyikan apa yang ada di dalam hatinya ketika bertemu dengan seseorang atau sekelompok orang yang dia musuhi dengan mengatakan perkataan atau sikap yang berbeda dengan apa yang disimpan dalam hatinya.

3. Imam An-Nawawi menyatakan: orang yang bermuka-muka adalah orang yang datang kepada satu kelompok dengan menampakkan seolah-olah dirinya berada di pihak mereka dengan memburukkan kelompok lain. Tetapi dalam waktu yang sama, dia juga datang kepada kelompok lain dan melakukan hal yang serupa (oportunis).

4. Imam Al-Qurthubi menerangkan: Sesungguhnya yang menyebabkan orang yang bermuka-muka ini menjadi buruk adalah kerana keadaannya seperti orang munafik. Dia mudah melakukan perbuatan buruk dan dusta. Dia gembira melihat orang lain bermusuhan.”

Moga Allah menjauhkan kita dari sifat bermuka-muka dan munafik.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan

#MalaysiaMenujuNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

06hb Julai 2020

14hb Zulkaedah 1441H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam Bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:

https://t.me/ahadithadayAHAD

Leave a comment