☆Tadabbur Kalamullah 26 Safar 1442H☆ وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا "Dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini" [Surah al-Furqan 63] #Berkata Imam Ibnu Kathir rahimahullah: "Apabila orang jahil membodohkan mereka (orang beriman) dengan keburukan, janganlah mereka melawan dengan cara yang … Continue reading Tadabbur Kalamullah 26 Safar 1442H
Tag: Tadabbur Kalamullah
Tadabbur Kalamullah 25 Safar 1442H
☆Tadabbur Kalamullah 25 Safar 1442H☆ وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَىٰ “Demi bintang semasa ia menjunam" [Surah an-Najm 1] #Imam an-Nasafi berkata: “Allah bersumpah dengan orang alim apabila ia meninggal dunia". #Berkata Abu Muslim al-Khaulani rahimahullah: "Ulamak diibaratkan seperti bintang dilangit yang mana ramai yang boleh menjadikan mereka pedoman". #Berkata al-Ajuri rahimahullah: "Sesungguhnya ulamak dibumi ini adalah bagaikan … Continue reading Tadabbur Kalamullah 25 Safar 1442H
Tadabbur Kalamullah 24 Safar 1442H
☆Tadabbur Kalamullah 24 Safar 1442H☆ وَلَا تَمۡشِ فِی ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالࣲ فَخُورࣲ "Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri" [Surah Luqman 18] #Allah swt mengutus para nabi dan rasul untuk menyeru manusia kepada tauhid. Mereka … Continue reading Tadabbur Kalamullah 24 Safar 1442H
Tadabbur Kalamullah 23 Safar 1442H
☆Tadabbur Kalamullah 23 Safar 1442H☆ ٱتَّبِعُوا۟ مَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡكُم مِّن رَّبِّكُمۡ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ مِن دُونِهِۦۤ أَوۡلِیَاۤءَۗ قَلِیلࣰا مَّا تَذَكَّرُونَ (Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan" [Surah al-A'raf 3] #Allah swt … Continue reading Tadabbur Kalamullah 23 Safar 1442H
Tadabbur Kalamullah 22 Safar 1442H
☆Tadabbur Kalamullah 22 Safar 1442H☆ فَوَیۡلࣱ لِّلۡمُصَلِّینَ * ٱلَّذِینَ هُمۡ عَن صَلَاتِهِمۡ سَاهُونَ "Maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya" [Surah al-Ma'un 4-5] #Iaitu lalai daripada menunaikan solat serta mensia-siakan solat. #Sayidina Saad bin Abi Waqqas r.a berkata: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang orang yang melalaikan … Continue reading Tadabbur Kalamullah 22 Safar 1442H
Tadabbur Kalamullah 21 Safar 1442H
☆Tadabbur Kalamullah 21 Safar 1442H☆ أَفَلَا یَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَۚ وَلَوۡ كَانَ مِنۡ عِندِ غَیۡرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُوا۟ فِیهِ ٱخۡتِلَـٰفࣰا كَثِیرࣰا "Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya" [Surah an-Nisa' 82] #Al-Quran mengandungi titah perintah dan larangan daripada Allah … Continue reading Tadabbur Kalamullah 21 Safar 1442H
Tadabbur Kalamullah 20 Safar 1442
☆Tadabbur Kalamullah 20 Safar 1442H☆ قَالَ وَمَن یَقۡنَطُ مِن رَّحۡمَةِ رَبِّهِۦۤ إِلَّا ٱلضَّاۤلُّونَ Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat" [Surah al-Hijr 56] #Hidup di dunia ini penuh dengan dugaan, cabaran dan ujian. Manusia terlupa bahawa dunia ini adalah medan ujian yang perlu dihadapi dengan penuh … Continue reading Tadabbur Kalamullah 20 Safar 1442
Tadabbur Kalamullah 19 Safar 1442H
☆Tadabbur Kalamullah 19 Safar 1442H☆ فَلۡیَتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلۡیَقُولُوا۟ قَوۡلࣰا سَدِیدًا "Oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran)" [Surah an-Nisa' 9] #Di antara bekalan yang paling bernilai dalam kehidupan ini ialah bekalan taqwa. Nabi saw sentiasa berwasiat dengan taqwa. #Sayidina Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa seorang … Continue reading Tadabbur Kalamullah 19 Safar 1442H
Tadabbur Kalamullah 18 Safar 1442H
☆Tadabbur Kalamullah 18 Safar 1442H☆ وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً "Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan" [Surah an-Nisa’ 4] #Berkata Imam Ibnu Kathir rahimahullah: "Menurut Ibn Abbas, perkataan النحلة membawa maksud mahar. Ibn Zaid pula menjelaskan, ianya bermaksud sesuatu yang wajib diberikan kepada isteri disebabkan akad nikah. Seorang lelaki … Continue reading Tadabbur Kalamullah 18 Safar 1442H
Tadabbur Kalamullah 17 Safar 1442H
☆Tadabbur Kalamullah 17 Safar 1442H☆ صۤۚ وَٱلۡقُرۡءَانِ ذِی ٱلذِّكۡرِ "Shaad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran" [Surah Sad 1] #Surah Shad terdiri daripada 88 ayat dan termasuk surah Makkiyyah. Diturunkan setelah surah al-Qamar. Dinamakan surah Shad sesuai dengan perkataan Shad yang terdapat di permulaan ayat pertama. #Di dalam surah ini, Allah … Continue reading Tadabbur Kalamullah 17 Safar 1442H



