Tadabbur Kalamullah 22 Safar 1442H

☆Tadabbur Kalamullah 22 Safar 1442H☆

فَوَیۡلࣱ لِّلۡمُصَلِّینَ * ٱلَّذِینَ هُمۡ عَن صَلَاتِهِمۡ سَاهُونَ

“Maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya” [Surah al-Ma’un 4-5]

#Iaitu lalai daripada menunaikan solat serta mensia-siakan solat.

#Sayidina Saad bin Abi Waqqas r.a berkata: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang orang yang melalaikan solatnya, maka Baginda menjawab: “Iaitu mengakhirkan waktu solat (daripada waktunya yang asal sehingga sampai kepada waktu solat yang lain). Mereka itu tetap dinamakan orang-orang yang menunaikan solat iaitu sebagai musalliin.

#Akan tetapi kerana mereka telah mensia-siakan dan mengakhirkan waktu solat tersebut, maka mereka diancam dengan neraka Wail, iaitu seksaan yang teramat pedih di dalamnya. Ada juga yang mengatakan Wail itu adalah sebuah lembah di dalam neraka Jahannam, yang sekiranya gunung-gunung di dunia ini dicampakkan ke dalamnya, maka gunung-gunung itu akan menjadi cair akibat kepanasannnya yang teramat. Maka itulah tempat bagi mereka yang mensia-siakan solatnya dan mengakhirkan solatnya sehingga keluar dari waktunya. Kecuali jika dia telah bertaubat kepada Allah swt dan menyesal akan kesalahannya itu.

#Sayidina Umar bin Khattab r.a berkata: “Seseorang itu tidak akan bernasib baik di dalam Islam jika dia meninggalkan solat”.

#Ibn Hazm rahimahullah berkata: “Tidak ada dosa yang lebih besar sesudah syirik, kecuali bagi orang yang melewatkan solatnya dari waktunya yang sebenar, atau dia membunuh seorang mukmin dengan cara yang salah.”

#Sabda Rasulullah saw:

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ، فَإِنْ صَلَحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ

“Perkara pertama yang akan dihisab pada diri seseorang pada orang hari akhirat daripada sekalian amalnya ialah solatnya. Jika solatnya benar (sempurna), maka jika baik solatnya maka dia akan berjaya dan menang, dan jika solatnya kurang (iaitu tidak benar) maka dia akan rugi dan menyesal.” (HR at-Tirmizi dan Ahmad)

♡Solat adalah diumpamakan seperti pertalian hamba dengan Tuhannya, yang mana orang yang memutuskan pertalian itu dikira berdosa besar, apatah lagi jika dia mengingkari kewajipannya atau memperkecilkan-kecilkan orang yang mengikat pertalian itu sehingga boleh dianggap kafir, jika tidak perlu bertaubat dan kembali kepada TuhanNya♡

🐊Ust naim

Telegram

Klik link ini untuk JOIN

bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

t.me/tadabburkalamullah/1977

Leave a comment