Beberapa Sunnah Di Hari Raya

Beberapa Sunnah Di Hari Raya

=========

Terdapat beberapa sunnah yang boleh dilaksanakan oleh kita sebagai muslim dalam meraikan Aidilfitri ini. Antaranya ialah:

1. Menzahirkan kegembiraan. Berdasarkan hadis, pada hari perayaan ini Rasulullah membiarkan orang-orang Sudan mempamerkan permainan senjata mereka sebagai tanda kegembiraan. Malah Baginda membiarkan kanak-kanak perempuan menyanyi. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam al-Bukhari yang menyebutkan:

ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุนููŠุฏู ูŠูŽู„ู’ุนูŽุจู ุงู„ุณูู‘ูˆุฏูŽุงู†ู ุจูุงู„ุฏูŽู‘ุฑูŽู‚ู ูˆูŽุงู„ู’ุญูุฑูŽุงุจู

โ€œPada hari perayaan, orang-orang Sudan bermain (mempamerkan perlawanan) perisai dan senjata mereka.โ€ (Sahih al-Bukhari)

1.1 Dengan sebab itu al-Imam Ibn Hajar menyebutkan:

ุฅูุธู’ู‡ูŽุงุฑ ุงู„ุณูู‘ุฑููˆุฑู ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽุนู’ูŠูŽุงุฏู ู…ูู†ู’ ุดูุนูŽุงุฑู ุงู„ุฏูู‘ูŠู†ู

โ€œMenzahirkan kegembiraan pada hari raya adalah salah satu daripada syiโ€™ar agama.โ€ (Fath al-Bari)

2. Memakai Pakaian Yang Terbaik. Menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, Rasulullah dikatakan memakai pakaian terbaik ketika hari raya. Saidina al-Hasan pernah menyebutkan:

ุฃูŽู…ูŽุฑูŽู†ูŽุง ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ุฃูŽู†ู’ ู†ูŽู„ู’ุจูŽุณูŽ ุฃูŽุฌู’ูˆูŽุฏูŽ ู…ูŽุง ู†ูŽุฌูุฏู

โ€œRasulullah mengajak kami memakai pakaian yang terbaik yang ada di sisi kami.โ€ (HR al-Tabrani dan al-Hakim)

3. Makan Sebelum Menunaikan Solat Raya. Kita disunatkan untuk makan dahulu sebelum menunaikan Solat Hari Raya. Saidina Anas pernah meriwayatkan hadis yang menyebutkan:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ู„ุงูŽ ูŠูŽุบู’ุฏููˆ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ููุทู’ุฑู ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ูŠูŽุฃู’ูƒูู„ูŽ ุชูŽู…ูŽุฑูŽุงุชู

โ€œSesungguhnya Nabi SAW tidak akan keluar pada Hari Raya AidilFitri sehinggalah beliau makan terlebih dahulu beberapa biji tamar.โ€

4. Bertakbir Ketika Keluar Menunaikan Solat. Menurut al-Imam al-Zuhri, Rasulullah ๏ทบ bertakbir sepanjang perjalanan menuju ke tempat solat AidilFitri. Kata beliau:

ุฃูŽู†ูŽู‘ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽุฎู’ุฑูุฌู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ููุทู’ุฑูุŒ ููŽูŠููƒูŽุจูู‘ุฑู ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ูŠูŽุฃู’ุชููŠูŽ ุงู„ู’ู…ูุตูŽู„ูŽู‘ู‰

Sesungguhnya Rasulullah SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dan Baginda bertakbir sehingga sampai ke tempat solat.

5. Berjalan Kaki Ke Tempat Solat. Sekiranya kita mampu, sebaiknya kita hendaklah berjalan kaki ke tempat solat raya kerana Baginda Nabi ๏ทบ sentiasa melakukan sedemikian. Kata Saidina Abdullah bin Umar:

ุฃูŽู†ูŽู‘ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูŽู‘ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽุฎู’ุฑูุฌู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุนููŠุฏู ู…ูŽุงุดููŠู‹ุงุŒ ูˆูŽูŠูŽุฑู’ุฌูุนู ู…ูŽุงุดููŠู‹ุง

Sesungguhnya Nabi SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dalam keadaan berjalan kaki dan pulang juga berjalan kaki.

6. Pulang Solat Melalui Jalan Berbeza. Salah satu sunnah Rasulullah ๏ทบ juga adalah menggunakan jalan yang berbeza ketika pulang dari solat sunat hari raya. Saidina Jabir menceritakan:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ุฅูุฐูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนููŠุฏู ุฎูŽุงู„ูŽููŽ ุงู„ุทูŽู‘ุฑููŠู‚ูŽ

โ€œSesungguhnya Nabi SAW pergi dan pulang dari menunaikan Solat Aidilfitri menggunakan jalan yang berbeza.โ€

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Leave a comment