Tamadun barat adalah tamadun kebendaan (materialistik). Mereka tidak mementingkan soal metafizik dan kerohanian. Kemajuan diukur hanya berasaskan material. Kebahagiaan spiritual juga bagi mereka bergantung kepada kekayaan harta benda.
Agenda globalisasi pula adalah menjadikan dunia berpusatkan kepada satu tamadun sahaja; tamadun barat. Walaupun mereka cuba mengadaptasikan ateisme kepada pluralisme agama, namun pluralisme yang berakar kepada humanisme juga akhirnya membawa kepada agama baharu; agama tanpa tuhan.
Kerana kemajuan material yang diterajui, mereka mula menganggap mampu menyelesaikan apa sahaja masalah dunia termasuk hari kehancuran (kiamat). Kini mereka bukan sahaja mencipta bilik kebal kalis kiamat dan menyimpan bekalan makanan untuk hidup selepas kiamat, bahkan mereka sudah mula meneroka bulan dan Marikh; cuba menyesuaikan kehidupan manusia di sana sebagai alternatif sekiranya bumi kiamat.
Apa yang menyedihkan, masyarakat Islam yang sudah punya panduan al-Quran dan Sunnah masih tergedik untuk mengiktiraf tamadun barat sebagai tamadun contoh. Keimanan terhadap kebaikan Islam seolah hanya sekadar dalam bab akhirat, bukan lagi dunia. Sekularisme menjalar tanpa sedar.
Antara puncanya adalah keterikatan jiwa dengan unsur duniawi. Kerana meletakkan kepentingan dunia sangat besar, mulalah mengabaikan nas-nas agama yang banyak membesarkan kepentingan akhirat.
Itulah yang melanda Arab Saudi dan sekutu arabnya hari ini. Kononnya sudah membebaskan diri dari fahaman Wahhabi. Tetapi Wahhabi yang dimaksudkan adalah golongan yang meletakkan panduan al-Quran dan Sunnah sebagai dasar hidup. Ini bermakna, pembebasan daripada Wahhabi bererti pembebasan daripada agama!
Islamis tidak terkecuali. Akibat eksperimen gerakan Islam memerintah dengan cara Islam gagal (baca: digagalkan), maka muncullah pemikiran pasca-Islamisme. Menganggap perjuangan membawa aspirasi Islam tidak lagi relevan. Gerakan Islam perlu lebih terbuka dalam menerima doktrin lain terutama peradaban barat.
Apakah kesudahannya? Ke manakah ia akan pergi di akhir zaman ini? Apakah solusinya?
Jom bincangkan malam ini!
❄KULIAH HARAKI MINGGUAN ❄
⚔️ Kitab: Di Bawah Naungan Al-Kahfi
⚔️ Tajuk: Ayat 35-36: TEKNOLOGI BARAT CUBA LAWAN TEORI KIAMAT
⚔️ Tarikh: Isnin 11 Januari 2021
⚔️ Masa: 7.30-8.30malam
⚔️ Platform: Google Meets/Zoom (sila install dahulu).
⚔️ Penyampai: Alang Ibn Shukrimun
☢Link akan dishare dalam whatsapp group. Kepada yang belum berdaftar, boleh berhubung dengan urusetia:
http://www.wasap.my/60139823536
(Terhad kepada ahli PAS sahaja)
☢Boleh dapatkan teks kuliah di:
https://shopee.com.my/product/136494605/4039806443?v=bfb&smtt=0.0.3
☢Untuk versi umum, boleh ikuti live setiap selasa selepas maghrib di page: