☆Tadabbur Kalamullah 27 Jamadil Awwal 1442H☆
وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ
“Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin” [Surah al-Baqarah 184]
#Berkata Sayidina Ibn Abbas r.huma: “Yang dimaksudkan adalah orang tua lelaki dan perempuan yang tidak mampu melaksanakan ibadah puasa. Justeru, dia berhak berbuka dan memberi makan setiap harinya seorang miskin. Ini juga riwayat daripada Anas bin Malik, al-Hasan al-Basri, Ibrahim al-Nakhaie dan Said bin Jubair”.
#Berkata Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya: “Ayat ini juga termasuk orang sakit dan hamil kerana kedua-duanya mampu untuk berpuasa tetapi dengan masyaqqah (kesukaran) yang mengiringi mereka justeru jika mereka berpuasa memadai bagi mereka dan jika membayar fidyah, mereka pun memadai juga”.
#Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya. Begitu juga dikenakan bayaran fidyah bagi orang tua yang uzur dan orang sakit yang tidak mampu berpuasa.
#Bagi wanita hamil yang berbuka kerana bimbang keselamatan anaknya maka wajib diqadha dan dibayar fidyah.
#Imam Ibnu Kathir rahimahullah berkata: “Bagi wanita yang hamil dan menyusu boleh meninggalkan puasa tetapi selepas itu hendaklah membayar fidyah dan mengqadha puasanya.”
#Hukum membayar fidyah adalah wajib.
#Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak sehari. (Di selangor secupak sekitar rm1.80). Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada golongan fakir dan miskin.
♡Pastikan puasa kita tiada yang perlu diqadha. Jika ada yang perlu diqadha maka segerakanlah. Begitu juga hutang fidyah, jika belum selesai maka perlu ditunaikan segera. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook: