Categories
Health Other's

Tuntut sana, tuntut sini. Rupa-rupanya beginilah wajah sebenar pimpinan Hua Zhong.

Tuntut sana, tuntut sini. Rupa-rupanya beginilah wajah sebenar pimpinan Hua Zhong.

Datuk OSK, Naib Pengerusi Hua Zhong bercuti sementara.

Beliau telah ditahan kerana disyaki mencemar sungai dan menyimpan PATI.

https://www.orientaldaily.com.my/news/central/2020/11/10/374518

Tarikh : 10/11/2020

Disyaki mencemar sungai Ong Seng Khek Pengerusi KLSCAH Bercuti Sementara

(Kuala Lumpur Berita 10hb) Disyaki dan didakwa terlibat dengan pencemaran sungai Kundang di Selangor oleh sebuah kilang minyak kelapa sawit, Datuk Ong Seng Khek yang merupakan pengerusi KLSCAH (Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall) telah bercuti sementara.

Petang tadi KLSCAH telah mengeluarkan kenyataan mengumumkan mereka telah menerima surat permohonan cuti dari Ong Seng Khek, sehingga kes ini selesai diadili, naib pengerusi KLSCAH Ser Choon Ing akan memangku tugas pengerusi.

Menurut kenyataan itu, beberapa hari lepas, kilang minyak kelapa sawit milik Ong Seng Khek telah didakwa setelah disyaki terlibat dalam pencemaran Sungai Kundang di Selangor.

“Pengerusi KLSCAH( Ong Seng Khek) telah menyerahkan surat permohonan cutinya pada

9 November kepada lembaga eksekutif KLSCAH yang setelah itu mengadakan mesyuarat tergempar pada 10 November bagi membincangkan isu ini. Antara resolusi yang dipersetujui dalam mesyuarat tersebut adalah kepentingan mematuhi undang-undang dan peraturan berkenaan perlindungan alam sekitar, menasihati kerajaan, perusahaan, pengguna dan semua pihak tanggungjawab bersama memelihara alam sekitar ”

Kenyataan itu turut menyebut, Ong Seng Khek telah meminta cuti sementara agar tugas-tugas di KLSCAH tidak tertangguh, maka KLSCAH telah menerima alasan tersebut dan menerima permohonan cuti sementara beliau selain menghormati prinsip undang-undang anggapan tidak bersalah sehingga diadili yang dilaksanakan di negara ini dan bersetuju dengan tindakan Ong Seng Khek yang nekad untuk membuktikan dirinya tidak bersalah melalui saluran undang-undang.

Ong Seng Khek juga adalah Naib Pengerusi Hua Zong. Dikhabarkan beliau telah memohon cuti dari Hua Zong namun Hua Zong belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaannya.

Tim.Setiausaha Agung Hua Zong Yong Yew Wei ketika ditemubual OrientalDaily, berkata kejadian ini berlaku secara mengejut, beliau kurang arif tentang kejadian tersebut dan enggan memberi sebarang komen.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, oleh kerana kejadian ini sudah diambil tindakan undang-undang, Hua Zong akan mengeluarkan kenyataan rasmi kemudian.

t.me/zainurrashid/1079

By donshafi9️⃣1️⃣1️⃣

May Allah s.w.t. grant us His taufiq so that we may taste the sweetness of our faith and gratitude and experience the pleasure of worshipping Allah . Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

*Mohon share di group2 lain. Semoga bermanfaat Barakallahu fiikum*

*Jazāk Allāhu Khayran*

👉The views expressed in this article are the author’s own and do not necessarily reflect my stance @donshafi911.

👉Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian @donshafi911.

👉 https://vk.com/club176201652

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s