ASSALAMUALAIKUM WBT
#RENUNGANPAGISABTU
Mendapat Pengampunan Dosa Antara Jumaat
عَنْ سَلْمَانَ الْفَارِسِيِّ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَيَتَطَهَّرُ مَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ وَيَدَّهِنُ مِنْ دُهْنِهِ أَوْ يَمَسُّ مِنْ طِيبِ بَيْتِهِ ثُمَّ يَخْرُجُ فَلَا يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ ثُمَّ يُصَلِّي مَا كُتِبَ لَهُ ثُمَّ يُنْصِتُ إِذَا تَكَلَّمَ الْإِمَامُ إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى
Daripada Salman Al-Farsi RA berkata, “Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seorang laki-laki mandi pada hari Jumaat lalu membersihkan diri sebaik mungkin, memakai wangian atau haruman yang ada di rumahnya, lalu keluar menuju Masjid (untuk melaksanakan solat Jumaat), dan ia tidak memisahkan antara dua orang (yang sudah duduk) pada tempat duduknya lalu dia solat sebagaimana yang dianjurkan baginya dan diam mendengarkan khutbah Imam, nescaya dia akan diampuni dosa-dosa yang dilakukan di antara hari itu dan jumaat berikutnya.” (HR Bukhari No: 834) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara keutamaan lelaki pada hari Jumaat ialah bersiap awal untuk ke masjid.
2. Antara adab yang digalakkan pada hari Jumaat:
a. Mandi sunat Jumaat dengan membersihkan badan sebaiknya
b. Berwangian
c. Memelihara adab semasa masuk ke dalam masjid dengan tidak melangkah bahu para Jemaah atau menyelit atau mencelah sehingga memisahkan dua orang yang telah duduk
d. Duduk diam untuk mendengar khutbah
3. Orang yang berbuat demikian akan di ampunkan dosanya sehingga bertemu Jumaat yang akan datang.
Rebutlah peluang keutamaan pada hari Jumaat untuk mendapat pengampunan daripada dosa sehingga ke hari Jumaat akan datang
08hb Ogos 2020
18hb Zulhijjah 1441H
@islamitu_indah
