Islamic – K I S A H A N A S B I N M A L I K

t.me/islamitu_indah/64526

K I S A H

A N A S B I N M A L I K

Anas bin Malik radiallahu anhu berkata, “Rasulullah ‎ﷺ adalah orang yang paling baik akhlaknya, paling lapang dadanya dan paling besar kasih sayangnya. Suatu hari baginda mengutusku untuk suatu keperluan, aku berangkat, tetapi aku menuju kepada kanak-kanak yang sedang bermain di pasar dan bukan melaksanakan tugas Rasulullah ‎ﷺ, aku ingin bermain bersama mereka, aku tidak pergi menunaikan perintah yang diperintahkan oleh Rasulullah ‎ﷺ

Beberapa saat setelah berada di tengah-tengah kanak-kanak itu, aku merasa seseorang berdiri di belakangku dan memegang bajuku. Aku menoleh, ternyata dia adalah Rasulullah ‎ﷺ dengan tersenyum, baginda bersabda, ‘Wahai Unais, apakah kamu telah pergi seperti yang aku perintahkan?’ Maka aku pun merasa bersalah dan terus menjawab, ‘Ya, sekarang aku berangkat wahai Rasulullah (‎ﷺ)’.

Demi Allah, aku telah berkhidmat kepada baginda selama sepuluh tahun, baginda tidak pernah berkata untuk sesuatu yang aku lakukan, ‘Mengapa kamu melakukan ini?’ Baginda tidak pernah berkata untuk sesuatu yang aku tinggalkan, ‘Mengapa kamu tinggalkan ini?’ ”

Bila Rasulullah ‎ﷺ memanggil Anas, terkadang baginda memanggilnya dengan Unais sebagai ungkapan cinta dan kasih sayang, dan pada lain waktu Nabi ‎ﷺ memanggilnya, “Wahai anakku.”

Nabi ‎ﷺ sering memberikan nasihat-nasihat yang memenuhi hati dan jiwanya

Di antara nasihat-nasihat itu adalah sabda Nabi ‎ﷺ kepadanya,

“Wahai anakku, jika kamu mampu mendapatkan pagi dan petang sementara hatimu tidak membawa kebencian kepada seseorang, maka lakukanlah.

Wahai anakku, sesungguhnya hal itu termasuk sunnahku, barangsiapa menghidupkan sunnahku maka dia mencintaiku. Barangsiapa mencintaiku maka bererti dia bersamaku di syurga.

Wahai anakku, jika kamu masuk kepada keluargamu maka ucapkanlah salam, kerana ia merupakan keberkatan bagimu dan keluargamu.”

Anas bin Malik radiallahu anhu terus hidup bersama kenangannya dengan Rasulullah ‎ﷺ selama kehidupan berlangsung

Dia sangat berbahagia pada hari pertemuannya dengan baginda, sangat bersedih pada hari perpisahannya dengan baginda, sangat sering mengulang-ulangi sabda baginda

Dia sangat bersungguh-sungguh untuk mengikuti baginda dalam sabda-sabda dan perbuatan-perbuatan baginda, mencintai apa yang baginda cintai, membenci apa yang baginda benci. Dua hari yang paling diingat oleh Anas dalam hidupnya, hari pertama kali pertemuannya dengan Nabi ‎ﷺ dan hari perpisahannya dengan baginda untuk terakhir kali

Bila Anas radiallahu anhu teringat hari pertama, maka dia berbahagia dan bersuka cita, namun jika hari kedua terlintas di benaknya maka dia menangis berduka, membuat orang-orang yang di sekelilingnya ikut menangis.

Anas radiallahu anhu sering berkata, “Sungguh aku telah melihat hari di mana Rasulullah ‎ﷺ datang kepada kami dan aku juga melihat hari di mana Rasulullah ‎ﷺ meninggalkan kami

Aku tidak melihat dua hari yang menyerupai keduanya. Hari kedatangan baginda di Madinah, segala sesuatu di sana bercahaya. Tetapi di mana Rasulullah ‎ﷺ hampir menghadap kepada RabbNya, segala sesuatu terasa gelap gulita

Pandangan terakhirku kepada baginda terjadi pada hari Isnin, ketika kain penutup kamar baginda dibuka, aku melihat wajah baginda seperti kertas mushaf, pada saat itu banyak orang berdiri di belakang, Abu Bakar (radiallahu anhu) memberi isyarat kepada mereka agar tetap berada di tempat masing-masing

Kemudian Rasulullah ‎ﷺ wafat pada pagi hari itu. Kami tidak pernah melihat suatu pemandangan yang paling kami kagumi daripada wajah baginda manakala kami memasukkan tanah ke kubur Rasulullah (‎ﷺ).”

Rasulullah ‎ﷺ berdoa untuk Anas bin Malik lebih dari sekali.

Di antara doa Nabi ‎ﷺ untuknya,

“Ya Allah, limpahkanlah harta dan anak kepadanya, berkatilah dia padanya.”

Allah mengabulkan doa Nabi. Anas menjadi orang Ansar yang paling banyak hartanya, paling banyak keturunannya, sehingga dia melihat anak-anak dan keturunannya melebihi angka seratus

Allah memberkati umurnya sehingga dia hidup selama 103 tahun

Anas radiallahu anhu sangat berharap mendapatkan syafaat Nabi ‎ﷺ pada hari Kiamat, Anas r

adiallahu anhu sering berkata, “Sesungguhnya aku berharap dapat bertemu Rasulullah ‎ﷺ pada hari Kiamat, lalu aku berkata kepada baginda, ‘Aku adalah pelayan kecilmu, Unais’.”

Ketika Anas sakit, sebelum wafatnya, dia berkata kepada keluarganya, “Talqinlah aku dengan ‘Laa Ilaaha Illallaah, Muhammadur Rasulullah’.” Maka Anas senantiasa mengucapkannya sehingga dia meninggal

Anas mewasiatkan agar menguburkan tongkat kecil milik Rasulullah ‎ﷺ bersamanya, maka tongkat itu diletakkan di sampingnya

Selamat untuk Anas bin Malik al-Ansari radiallahu anha yang telah mendapatkan limpahan kebaikan dari Allah. Dia hidup dalam bimbingan Rasulullah ‎ﷺ yang agung selama sepuluh tahun sempurna

Dia adalah orang ketiga setelah Abu Hurairah radiallahu anhu dan Abdullah bin Umar radiallahu anhu dalam meriwayatkan hadis dari Rasulullah ‎ﷺ

Semoga Allah membalasnya dan membalas ibunya atas apa yang dia berikan untuk Islam dan kaum muslimin dengan sebaik-baiknya balasan

Allahumma amin

@islamitu_indah

Leave a comment