Islamic – TAQWA bererti menjaga jiwa dari segala yang mengotorinya, iaitu dengan meninggalkan semua yang dilarang.

t.me/agama_mu/4947

Ω€πŸŒΌπŸƒπŸŒΊπŸƒπŸŒΈπŸƒπŸŒΊπŸƒπŸŒΈ

Ω€πŸƒπŸŒΈπŸƒπŸŒΊπŸƒπŸŒΈ

Ω€πŸŒΊπŸƒπŸŒΈ

Ω€πŸƒ

【﷽】

TAQWA bererti menjaga jiwa dari segala yang mengotorinya, iaitu dengan meninggalkan semua yang dilarang.

Orang yang bertaqwa adalah yang menjadikan ketaatannya hanya untuk Allah dan mematuhi perintah-Nya sebagai pelindung dari azab-Nya.

Ibn Umar berkata :

Seorang hamba tidak akan mencapai taqwa yang hakiki sehingga dia meninggalkan gejolak (niatan buruk) dalam dadanya.

(HR Shahih Bukhari)

Taqwa mendindingi seseorang dari segala yang dicintai dan dicarinya :

seperti menjauhi,

kekufuran dengan keimanan,

kesyirikan dengan tauhid,

riya dengan ikhlas,

dusta dengan jujur,

curang dengan nasihat,

maksiat dengan taat,

bidaah dengan ittiba,

syubhat dengan wara,

dunia dengan zuhud,

lalai dengan zikir,

syaitan dengan taawudz,

neraka dengan menjauhi amalan buruk,

dan menghindari semua kejahatan dengan kebaikan yang menjadi penyelamatnya.

Takwa mencakup empat hal:

1. Sangat takut dari dosa-dosa di masa silam, di mana kenikmatannya telah sirna tetapi balasan dosanya masih menghantuinya.

2. Sangat khuatir terperosok kedalam dosa-dosa di masa mendatang.

3. Sangat takut bila mendapatkan suul khatimah.

4. Sering bermuhasabah

lπŸƒ

lπŸŒΊπŸƒπŸŒΈ

lπŸƒπŸŒΈπŸƒπŸŒΊπŸƒπŸŒΈ

lπŸŒΌπŸƒπŸŒΊπŸƒπŸŒΈπŸƒπŸŒΊπŸƒπŸŒΈ

@agama_mu πŸ•Œ

Leave a comment