Islamic – _ BUTA SELAIN ALLAH

t.me/Dakwah_Bidadari/18461

“Setelah engkau mengenali Allah dengan perkenalan yg hakiki tiada lagi kerugian dan keuntungan bagimu, bahkan engkau adalah KehendakNya ”

“Pandanglah kepada orang yg lebih susah hidupnya daripadamu, nescaya engkau akan menjadi seorang yg sentiasa bersyukur dan ridha kepadaNya”

“Kekhusyukkan dan kelazatan didalam solatmu itu akan dapat dirasai setelah engkau benar-benar berhubungan-mesra dengan Allah”

“Jikalau engkau benar-benar hamba tiada pilihanmu dalam KehendakNya, maka engkau diam dengan DzatNya”

“Allah memberi rahmat dan kurniaan kepada sesiapa yg dikehendakiNya Tanpa syarat dan sebab-musabab”

“Orang yg telah memasuki Wilayah Ketuhanan tidak memandang selainNya”

“Tujuan daripada semua ibadat dan ketaatan itu adalah hidupnya hatimu bersama Tuhanmu, iaitulah amal yg sebenar”

“Alam ini ialah tempat pengzahiran Tuhan”

“Melihat diri dalam kebaikan adalah hijab cahaya, melihat diri dalam keburukan adalah hijab kegelapan, maka keluarlah engkau daripada hijab cahaya dan kegelapan itu menuju kepada Tuhan Yg Maha Esa”

“Janganlah engkau melihat dosa dan kelalaian mereka, pandanglah rahmat dan keampunanNya atas mereka itu”

“Gugurkanlah tilikmu kepada dirimu dan makhluk, maka tiada didalam dunia ini dan akhirat melainkan Allah”

“Siapa yg tidak mengenal Tuhannya, maka ia buta didunia dan diakhirat, dan siapa yg tidak mengenal Dirinya maka ia akan terpedaya!”

“Puji Qadim bagi Qadim, Dia memuji DiriNya Sendiri. Apabila engkau melihat seseorang memuji dirinya sebenarnya Allah memuji DiriNya Sendiri, tajali DiriNya, manusia itu rahsia Allah”

“Ya Allah! Aku bertaubat kepadaMu daripada memandang selainMu….”

“Ya Allah! Aku tetap menyembahMu walaupun dihalau keneraka, aku menyembahMu bukan kerana neraka dan syurgaMu, aku menyembahMu kerana cintaMu dan KeEsaanMu….”

“Bersyukurlah kepadaKU diatas keinginanmu yg bersamaan dengan KehendakKU, dan bersyukurlah diatas segala-gala KehendakKU keatasmu”

“Putuskanlah hatimu daripada harap dan pergantungan kepada selainKU, dan berhadaplah kepada DiriKU semata-mata”

_ BUTA SELAIN ALLAH

@Dakwah_Bidadari

Leave a comment