Adab dan Sunnah #167 Abu Razin radiallahu anhu meriwayatkan Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda, "Apakah patut aku memberitahu kamu perkara asas dalam agama yang dengannya kamu akan mendapat kebaikan dunia dan akhirat? Duduklah dalam majlis orang-orang yang mengingati Allah dan apabila kamu bersendirian maka sentiasalah gerakkan lidah kamu untuk mengingati Allah." Hadis Riwayat Baihaqi @islamitu_indah
Tag: Sunnah
Islamic – Adab dan Sunnah #169
Adab dan Sunnah #169 Abu Hurairah radiallahu anhu berkata Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam pernah bercerita, "Pada suatu ketika, ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia menemukan sebuah sumur, maka dia turun ke sumur itu untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat … Continue reading Islamic – Adab dan Sunnah #169
Islamic – MINUM MENGIKUT SUNNAH
MINUM MENGIKUT SUNNAH Adakah anda tahu bagaimana cara minum di dalam Islam? Inilah yang dikatakan Imām al-Haddad kepada kita:- - Minum air di dalam suapan mulut yang kecil. - Berhenti tiga kali untuk mengambil masa untuk bernafas. - Jangan bernafas didalam cawan, tetapi asingkan dari mulut anda. - Jangan berdiri semasa anda minum, atau berbaring, … Continue reading Islamic – MINUM MENGIKUT SUNNAH
Islamic – Adab dan Sunnah #164
Adab dan Sunnah #164 Abdullah bin Umar radliallahu anhu mengkhabarkan bahawa Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda, "Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari … Continue reading Islamic – Adab dan Sunnah #164
Islamic – Adab dan Sunnah #163
Adab dan Sunnah #163 Abu Waqid Laisi radiallahu anhu meriwayatkan bahawa pada suatu ketika Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam sedang duduk di dalam masjid dan orang ramai berada di keliling baginda. Tiba-tiba datang 3 orang lelaki. 2 orang daripada mereka menuju kepada Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam dan seorang lagi telah pergi. Kedua-dua mereka berhenti berhampiran dengan … Continue reading Islamic – Adab dan Sunnah #163
