MOHON MAAF

www.facebook.com/share/NjcN85XmRHemze8U/

MOHON MAAF

1) Sempena berita tentang Pfizer baru2 ni, terzahir kelemahan dalam industri yang saya sendiri berada di dalamnya.

2) Kesedihan terdetik dalam diri ini, kerana sebelum bertemu dengan Dr Razin Jaafar, adanya banyak kesilapan2 dalam nasihat perubatan yang saya berikan, lebih2 lagi berkait dengan cov-v.

3) Namun saya sangat berterima kasih kepada beliau kerana kini saya lebih terbuka mata dan lebih celik akan ilmu-ilmu kesihatan, yang sejujurnya lebih fitrah dan kena pada jiwa saya sebagai pengamal perubatan dan sebagai muslim.

===

4) Sewaktu zaman covid yang lepas, tak boleh dinafikan ianya sukar bagi warga ahli kesihatan yang bertungkus lumus dalam memberikan khidmat kesihatan terbaik, dan lebih sukar lagi bagi rakyat yang lain menghadapi PKP.

5) Pemberian v sewaktu itu dilihat sebagai cara terbaik dan begitu cepat sahaja program pemberian v dilancarkan secara besar2an.

6) Saya juga turut terlibat, atas kapasiti sendiri, dalam membantu memberi nasihat perubatan dan dapatkan ‘consent’ supaya v boleh diberikan.

7) Saya juga, sebagai pengamal perubatan turut dapat 3x vaksin pfizer.

8.) Semuanya berlaku secara ‘touch & go’ sahaja, mustahil untuk saya kenalpasti siapa yang saya berikan nasihat perubatan berkaitan hal ini.

9) Dengan ini, saya ingin memohon seribu kemaafan atas kesilapan yang telah saya berikan pada tahun2 sebelum ini, khususnya pada yang datang kepada saya sewaktu musim pemberian cov-v besar2an.

10) Sejujurnya saya tiada kapasiti untuk bantu dari sudut kewangan sekiranya komplikasi berlaku.

11) Namun, saya akan cuba bantu sedaya upaya memberi nasihat perubatan yang lebih holistik, selari dengan ilmu Restoratif yang dibawa oleh Dr Razin.

Minta maaf,

Rakyat Malaysia

Dr Syafiq Nordin

Restorative Medicine

*** Ungkapan maaf ini ibaratnya mirip dengan Pfizer, mudah dalam penulisan, tapi bagi saya sebenarnya lebih berat untuk ditanggung.

*** Gambar ialah Dunning-Kruger effect – merujuk kepada saya yang di tahap yang di paras bawah sekali buat masa ini. (yaa ampun)

Leave a comment