☆Tadabbur Kalamullah 14 Syawal 1445H☆
وَجَاۤءَتۡ سَكۡرَةُ ٱلۡمَوۡتِ بِٱلۡحَقِّۖ ذَ ٰلِكَ مَا كُنتَ مِنۡهُ تَحِیدُ
“Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah “Sakaratulmaut” membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): “Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!” [Surah Qāf 19]
#Antara kematian yang indah ialah mati syahid. Mati syahid dijanjikan syurga dan terlepas daripada seksaan azab neraka.
#Firmna Allah swt:
قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ ۖ قَالَ يَا لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ * بِمَا غَفَرَ لِي رَبِّي وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُكْرَمِينَ
“(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam Syurga”. Ia berkata: “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan” [Surah Yasin 26-27]
#Nas ini dengan jelas menunjukkan bahawa orang yang mati syahid akan ditempatkan di dalam syurga.
#Oleh itu, pastikan setiap hari kita memohon doa kepada Allah swt agar kita direzekikan mata syahid. Sabda Nabi saw:
مَن سَأَلَ اللَّهَ الشَّهادَةَ بصِدْقٍ، بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنازِلَ الشُّهَداءِ، وإنْ ماتَ على فِراشِهِ
“Sesiapa yang memohon kepada Allah swt untuk mati syahid dengan sebenar-benar pengharapan, Allah swt akan mengurniakannya kedudukan para syuhada’ (kepadanya) sekalipun dia mati di atas katilnya (tempat tidur)” (HR Muslim)
#Ini menunjukkan bahawa setiap kita mesti mempunyai cita-cita yang tinggi, iaitu mati syahid dan mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dicita-citakan dengan memohon pertolongan daripada Allah swt. Ini kerana, tanpa pertolonganNya tidak ada apa yang mampu kita capai.
#Pada masa yang sama, jangan ragu untuk berdoa dan jangan hadkan doa dalam batas tertentu, sebaliknya mintalah apa sahaja yang kita mahu kerana kita meminta dari Yang Maha Berkuasa, Maha Kaya, Maha Memberi. Tidak ada suatu pun yang dapat menghalang kuasa dan kehendakNya jika Dia mahu memberikan apa yang kita minta. Jika Dia tidak kabulkan doa kita di dunia, nescaya di simpan pahala doa itu untuk kita di akhirat kelak.
#Peluang untuk mendapat mati syahid adalah dengan menggabungkan diri ke dalam gerak kerja dakwah, perjuangan dan jihad menegakkan agama Allah swt. Itulah bukti kebenaran doa kita untuk mati syahid. Dan Allah hanya akan sampaikan kita ke tingkat syudaha’ jika kita memohon dengan benar dan berusaha dengan bersungguh.
♡Ya Allah, matikanlah kami sebagai seorang syahid. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
