www.facebook.com/share/p/Xt6secnEuSdaqgeF/

Lelaki itu – Faraidh

Untuk menambahkan kefaham mendalam Faraidh dalam Drama Lelaki Itu.

4 sebab seseorang itu boleh mendapat harta simati.

1. Perkahwinan @ Pernikahan.

Dalam cerita ini, Mirza berkahwin dengan tiga orang wanita. Qaidah, Imani dan Sarina.

Antara bukti perkahwinan adalah sijil nikah. Sebab itu sijil nikah antara dokumen wajib dalam proses pengurusan pusaka.

2. Nasab @ Keturunan

Dalam cerita ini, Qaidah mempunyai tiga orang anak. Batrisha, Bainah dan Bahiyah.

Imani pula melahirkan seorang anak semasa kematian Mirza.

Sekiranya seseorang itu mati, anak dalam kandungan juga merupakan ahli waris yang berhak atas pusaka. Bagaimana penentuan anak dalam kandungan?

Beberapa kemungkinan dalam perbahasan Fiqah.

1. Anak dalam kandungan mati

2. Anak dalam kandungan Lelaki

3. Anak dalam kandungan Perempuan

4. Anak dalam kandungan Kembar perempuan

5. Anak dalam kandungan Kembar sepasang, Lelaki dan Perempuan.

Menarik dalam cerita ini, Sarina mempunyai seorang anak lelaki, Khairullah. Namun anak ini di bin kan dengan nama Abdullah. Adakah ini nasab yang sah daripada Mirza?

Maka ia perlu kepada pengesahan nasab.

Ada juga contoh realiti lain, perbezaan nama bapa. Nombor kad pengenalan sama, tetapi ejaan berbeza. Contohnya Ali dan Aly.

Nasab dan keturunan mempunyai bilangan waris yang paling ramai, 21 orang. Ia juga terbahagi kepada empat golongan.

1. Golongan Bawah, Furu’ (Pecahan).

2. Golongan Atas, Usul (Asal Usul).

3. Golongan Tengah, Khawashi Qorib (Sisi Dekat).

4. Golongan Sisi, Khawashi Ba’id (Sisi Jauh).

(Boleh rujuk gambarajah pecahan waris)

3. Penghambaan.

Ini tidak ada lagi setelah tiada lagi sistem penghambaan.

Mudah ceritanya adalah, bekas tuan kepada hamba berhak kepada harta bekas hambanya.

Contoh, Ali adalah Tuan. Abu adalah Hamba.

Ali membebaskan @ memerdekakan Abu. Apabila Abu meninghal dunia, Ali termasuk dalam senarai waris kepada Abu.

4. Islam

Ini merujuk kepada Baitul Mal yang juga berhak kepada harta simati dalam sesuatu keadaan.

………

Dalam apa juga keadaan, untuk menentukan sama ada seseorang itu layak pada harta simati atau tidak maka rujuklah kepada empat sebab ini. Jika tiada salah satu daripada empat sebab ini, jawapannya tidak layak.

Contoh.

Adakah anak angkat layak pada harta simati?

Jawapan, rujuk empat sebab. Ada terkait salah satu daripadanya?

……..

Bagi menambah episod dalam drama ini, boleh panjangkan pada konflik faraidh. Jika penerbit nak tambah la kan.

Peguam kepada Qaida juga terkait sebagai waris kepada Mirza. Beliau sebagai Anak Lelaki kepada Bapa Saudara sebelah bapa Sebapa dengan Mirza.

Apa maksudnya?

Datuk mereka adalah orang yang sama. Bezanya adalah nenek mereka orang yang berbeza.

Datuk Mirza juga berpoligami tanpa pengetahuan. Ini menyebabkan Mirza dan Peguam Qaidah tidak mengetahui mereka adalah sepupu.

Mengapa Peguam Qaidah berhak?

1. Status Khairullah masih belum diketahui sama ada sah anak Mirza atau tidak.

2. Mirza pula telah kematian bapa dan ibu.

3. Mirza tidak mempunyai adik beradik lelaki

4. Mirza tidak mempunyai sepupu lelaki daripada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa.

……

Fahami dan Laksanakan Faraidh. Ini adalah Faraidh merupakan kewajipan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT menerusi Surah An Nisa ayat 7,11,12 dan 176.

Ingat, Faraidh itu Wajib!

Hamka Idris

SU Kerja Pertubuhan Du’ah Faraidh Malaysia

Pasir Gudang, Johor

Faham Faraidh, Harta Berkat, Waris Selamat

Leave a comment