Aqidatul Awamm

Aqidatul Awamm

Pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab , Imam Ahmad al-Marzuqi bermimpi menemui Nabi Muhammad SAW. Kejadian ini benar-benar berlaku pada tahun 1258 Hijrah. Beliau juga mendapati beberapa sahabat ada di samping baginda.

Mereka memandang beliau dan mengatakan, “Bacalah nazam tauhid! Siapa yang menghafaznya akan memasuki syurga dan mencapai setiap tujuan kebaikan yang bersesuaian dengan al-Quran serta Sunnah.”

Beliau menyoal, “Apakah nazam itu oh Rasulullah?”

Para sahabat membalas, “Dengarlah apa yang akan disebutkan Rasulullah.”

Rasulullah SAW membacakan,

“Sebutlah, أَبْدَأُ بِسْمِ اللٰهِ وَالرَّحْمَانِ (sehingga) فِيهَا كَلَامُ اٌلْحَكَمِ اٌلْعَلِيمِ”

Sebaik sahaja Imam Ahmad al-Marzuqi terjaga, beliau dapat mengingati kesemua 26 bait yang dibacakan Nabi SAW daripada awal sehingga akhir. Beliau mampu mengulanginya sama seperti yang dibacakan baginda di dalam mimpi.

Setelah itu, pada malam Jumaat di akhir bulan Zulkaedah, Imam Ahmad al-Marzuqi sekali lagi bermimpi menemui Nabi Muhammad SAW. Baginda mengatakan, “Bacalah apa yang telah kau hafalkan.”

Lantas, beliau membacakan nazam yang diingati dalam hatinya. Setiap kali sebaris nazam dibacakan, para sahabat akan menyebutkan, “aminn”. Beliau membacanya sehingga khatam.

Lalu, Rasulullah SAW pun mendoakan, “Semoga Allah Taala memberikan taufik kepadamu untuk melakukan apa yang diredai-Nya lagi diterima oleh-Nya,memberikan keberkatan ke atasmu dan kepada orang beriman, bermanfaatlah kitab ini kepada sekalian hamba, Amin.”

Imam Ahmad al-Marzuqi pun mengajarkan nazam Aqidatul ‘Awamm yang dipelajari daripada Rasulullah SAW dalam mimpinya itu. Ketika sebahagian orang mempertikaikan beliau,maka beliau menambah nazam yang bermaksud, “Dan setiap yang datang daripada Rasul, hak yang sepatutnya adalah berlapang dada dan menerima sahaja.”

Kemudian, beliau melengkapkan nazam ini sampai kepada 57 bait. Jemaah ulama tauhid mengiktiraf nazam Aqidatul ‘Awamm ini bersesuaian dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah aliran Asyairah dan al-Maturidiah.

Pengajarannya bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah. Bukti nazam ini telah dimakbulkan Allah dapat dilihat dengan banyaknya madrasah dan pondok seluruh dunia yang memanfaatkannya di dalam pengajian akidah mereka sehingga ke hari ini.

Kisah ini boleh dijumpai dalam kitab Nuruz Zolam karangan Syeikh Nawawi al-Bantani al-Jawi.

Bukan sekadar mimpi, bahkan prinsip akidah boleh dibuktikan dengan akal.

لاَ اِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ

بسم الله الله الله الله الحق

صلوا على حبيب الله! ﷺ ❕

جَزَىٰ ٱللَّهُ عَنَّا سَيِّدَنَا مُحَمَّدَاً ﷺ مَا هُوَ أَهْلُهُ. يارب صل علی محمد، وافتح من الخير کل مغلق

‎Join Hizb786

‏الجمال في الكمال

https://t.me/Hizb786

https://t.me/Bit2Life

http://www.facebook.com/bit4life

http://www.facebook.com/maulabillah

Leave a comment