☆Tadabbur Kalamullah 12 Syawal 1445H☆

☆Tadabbur Kalamullah 12 Syawal 1445H☆

وَجَاۤءَتۡ سَكۡرَةُ ٱلۡمَوۡتِ بِٱلۡحَقِّۖ ذَ ٰ⁠لِكَ مَا كُنتَ مِنۡهُ تَحِیدُ

“Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah “Sakaratulmaut” membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): “Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!” [Surah Qāf 19]

#Semua tahu bahawa suatu hari nanti setiap yang bernyawa akan mati dan meninggalkan dunia ini selama-lamanya.

#Walaupun tahu, tapi masih ramai yang takut akan kematian. Hal ini kerana hati dan jiwa kebanyakan kita terlalu cintakan dunia dan kehidupan.

وقال رجل لأبي الدرداء رضي الله تعالى عنه: ما لنا نكره الموت؟ فقال: لأنكم أخربتم آخرتكم وعمرتم دنياكم فكرهتم أن تنتقلوا من العمران إلى الخراب.

Telah datang seorang lelaki kepada Sayidina Abi Darda’ r.a, lalu bertanya: “Kenapa kami takut akan kematian?”. Lalu beliau menjawab: “Kamu takutkan kematian kerana kamu telah menghancurkan (kehidupan) akhirat kamu kerana terlalu sibuk mencantikkan (kehidupan) dunia kamu maka kamu benci untuk berpindah daripada tempat yang cantik ke tempat yang telah hancur” (Lihat: Sabilal Rashad oleh Ahmad al-Damanhuri)

#Sesiapa yang hidupnya sentiasa sibuk dengan dunia, lalai dengan kesenangan dunia sehingga melupakan kematian, melupakan akhirat, maka dia semakin jauh dengan Allah dan dibimbangi mati dalam keadaan jauh dari rahmat Allah swt.

#Imam Hasan al-Basri pernah berpesan kepada kita satu nasihat dengan katanya:

علامة إعراض الله تعالى عن العبد أن يجعل شغله فيما لا يعنيه.

“Salah satu tanda bahawa Allah swt telah berpaling dari hambanya, adalah dia menyibukkan hambanya itu dengan perkara yang sia-sia”

#Ini bermaksud jika hidup seseorang itu banyak disibukkan dengan perkara yang sia-sia, itu merupakan salah satu tanda jauhnya hubungan kita dengan Allah dan dibimbangi mati dalam keadaan kecelakaan.

#Hayati dan insafi firman Allah swt ini:

كَلَّاۤ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِیَ

“Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong”

وَقِیلَ مَنۡۜ رَاقࣲ

“Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?”

وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلۡفِرَاقُ

“Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan”

وَٱلۡتَفَّتِ ٱلسَّاقُ بِٱلسَّاقِ

“Serta kedahsyatan bertindih-tindih”

إِلَىٰ رَبِّكَ یَوۡمَىِٕذٍ ٱلۡمَسَاقُ

“(Maka) kepada Tuhanmu lah – pada waktu itu – engkau dibawa (untuk menerima balasan)” [Surah al-Qiyāmah 26-30]

♡Sentiasalah ingat akan kematian!! Jangan biarkan kemewahan dan kesenangan yang dinikmati di dunia ini menyebabkan diri menjadi lalai daripada mengingati kematian dan jangan sesekali menderhaka kepada Allah kerana kesengsaraan yang akan menemani seseorang itu selepas kematiannya♡

🐊Ust naim

Klik link ini untuk    

http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   

Leave a comment