☆Tadabbur Kalamullah 10 Syawal 1445H☆
وَجَاۤءَتۡ سَكۡرَةُ ٱلۡمَوۡتِ بِٱلۡحَقِّۖ ذَ ٰلِكَ مَا كُنتَ مِنۡهُ تَحِیدُ
“Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah “Sakaratulmaut” membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): “Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!” [Surah Qāf 19]
#Manusia tidak boleh lari daripada kematian. Masa, tempat, keadaan dan suasana kematian telah ditentukan dan hanya menunggu tanpa diketahui. Larilah ke mana sekalipun, seseorang itu pasti bertemu kematian.
#Allah swt telah menetapkan ajal seseorang sejak azali lagi. Apabila sampai ajalnya, ia tidak akan dipercepatkan atau dilewatkan walaupun sesaat. Malaikat Izrail yang ditugaskan mencabut nyawa akan menjalankan tugasnya tanpa mengira masa, tempat dan keadaan seseorang samada bersedia atau tidak.
#Berkata Imam al-Ghazali rahimahullah: “Kematian itu datang tanpa meminta izin, tanpa mengetuk pintu sebelum memasukinya. Ia datang secara tiba-tiba dan amat mengejutkan”.
#Oleh itu, kita perlu siapkan bekal yang terbaik untuk menghadapi kematian dan kehidupan selepasnya.
#Apabila Sayidina Uthman bin Affan r.a berdiri di perkuburan, beliau menangis sehingga basah janggutnya. Lalu ada yang bertanya kepadanya, kenapa ketika di sebut syurga kamu tidak menangis kerinduan, ketika disebut neraka kamu tidak menangis ketakutan, tetapi kamu menangis pula kerana takutkan kubur. Beliau menjawab: “Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: “Sesungguhnya kubur itu ialah fasa pertama dari fasa-fasa akhirat. Sekiranya seseorang selamat dari (keburukan) di kubur, maka keadaan selepasnya akan lebih mudah. Sekiranya dia tidak selamat, maka keadaan selepasnya lebih dahsyat” (HR at-Tirmizi)
#Antara tanda kematian yang diredhai ialah penutup usia kehidupan dalam keadaan baik. Pengakhiran yang baik merupakan anugerah terindah yang diberikan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya yang ikhlas dalam beramal.
#Maka, istiqamahlah dalam beramal agar mati dalam keadaan melakukan kebaikan dan amal soleh.
#Terdapat 3 sifat para nabi dan orang soleh yang boleh kita contohi agar mati dalam keadaan baik dan dihimpunkan di akhirat bersama-sama mereka.
عن الفضيل بن عياض قال: كان يقال: من أخلاق الأنبياء، والأصفياء الأخيار، الطاهرة قلوبهم: خلائق ثلاثة: الحلم، والأناة، وحظ من قيام الليل
Berkata Fudhail bin Iyadh: Diantara sifat para nabi, orang soleh yang dipilih Allah serta mereka yang suci hatinya ada tiga ciri iaitu:
1. Besar jiwanya
2. Besar kesabarannya serta
3. Bersungguh menghidupkan malam harinya dengan ibadah. (Lihat: Hilyatul Auliya`)
#Dengan besarnya cita-cita menjadikan seseorang itu teguh melakukan amal soleh, dengan kesabaran menjadikan seseorang itu tetap istiqamah dalam beramal dan dengan qiamullail ianya menjadi bekalan dalam beroleh kematian yang mulia.
♡Siapkan bekal yang terbaik dan mencukupi untuk menghadapi kematian yang sedang menanti♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
