☆Tadabbur Kalamullah 9 Syawal 1445H☆
وَٱعۡبُدۡ رَبَّكَ حَتَّىٰ یَأۡتِیَكَ ٱلۡیَقِینُ
“Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin” [Surah al-Ḥijr 99]
#Ramadhan berlalu tetapi amal selepas Ramadhan tetap ada. Puasa Ramadhan berlalu tetapi puasa sunat selepas Ramadhan kekal ada dan berterusan sehingga kita meninggal dunia.
#Puasa enam hari di bulan Syawal bukanlah sekadar amalan sunat biasa, namun amalan ini amat besar dan sangat diambil berat oleh para salafussoleh sejak zaman Rasulullah saw. Bahkan Baginda saw memaklumkan pahalanya sama seperti kebaikan puasa selama setahun.
#Nabi saw bersabda:
صيام رمضان بعشرة أشهر، وصيام ستة أيام بشهربن، فذلك صيام سنة
“Berpuasa di bulan Ramadhan seperti berpuasa selama 10 bulan. Dan berpuasa enam hari (selepas Ramadhan) sama seperti berpuasa selama dua bulan. Maka kebaikannya itu menyamai puasa selama setahun” (HR Ahmad, An-Nasa’ie, dan Ibnu Majah. Sahih)
#Imam Ibn Rejab al-Hanbali di dalam kitabnya Lataif al–Ma’arif menyatakan antara kelebihan dan hikmah digalakkan untuk berpuasa 6 hari pada bulan syawal ialah:
1. Menyempurnakan pahala setahun sebagaimana yang terdapat di dalam nas.
2. Menyempurnakan apa yang kurang dan tidak sempurna
#Selain itu, disebutkan juga dalam kitab Jami’ Al-Usul Fi Ahadith Ar-Rasul berkaitan kepentingan puasa sunat di bulan Syawal ini:
أن صيام شوال وشعبان كصلاة السنن الرواتب قبل الصلاة المفروضة وبعدها، فيكمل بذلك ما حصل في الفرض من خلل ونقص. فإن الفرائض تكمل بالنوافل يوم القيامة
“Sesungguhnya puasa pada bulan Syawal serta Syaaban sama seperti solat sunat Rawatib sebelum dan selepas solat fardhu. Maka ia akan melengkapkan apa sahaja yang kekurangan daripada amalan fardhu tersebut. Sesungguhnya amalan-amalan fardhu akan ditampung oleh amalan-amalan sunat pada hari kiamat”.
♡Marilah sama-sama kita meneruskan amal-amal soleh kita pada bulan Ramadhan dengan berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal sebagai tanda istiqamah kita dan memburu ganjaran pahala yang berlipat kali ganda lumayannya♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
