☆Tadabbur Kalamullah 8 Syawal 1445H☆
وَٱعۡبُدۡ رَبَّكَ حَتَّىٰ یَأۡتِیَكَ ٱلۡیَقِینُ
“Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin” [Surah al-Ḥijr 99]
#Ayat ini mengingatkan kita tentang masa beribadah seorang hamba iaitu sehingga kematian datang menjemput.
#Berkata para mufassirin, al-Yakin ialah al-Maut. Perkara yang sangat yakin akan berlaku dan pasti berlaku ialah kematian.
#Disebabkan itu, kita melihat bahawa Nabi saw memerintahkan kita beribadah bukan hanya sesaat, bukan mengikut musim, bukan hanya di bulan tertentu atau pada waktu tertentu tetapi berterusan selamanya.
#Daripada Sayidatina A’isyah r.anha, beliau mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda:
أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ
“Amalan yang paling dicintai oleh Allah swt adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit” (HR Muslim)
*Sayidatina A’isyah r.ha ketika melakukan suatu amalan sentiasa berkeinginan keras untuk merutinkannya.
#Berkata Imam Hasan al-Bashri rahimahullah: “Wahai kaum muslimin, rutinlah dalam beramal, rutinlah dalam beramal. Ingatlah! Allah tidaklah menjadikan akhir dari seseorang beramal selain kematiannya”.
#Dinyatakan dalam Kitab Lataif al-Maarif oleh Imam Ibnu Rejab rahimahullah:
وقيل لبشر: إن قوما يتعبدون ويجتهدون في رمضان فقال: بئس القوم لا يعرفون لله حقا إلا في شهر رمضان إن الصالح الذي يتعبد ويجتهد السنة كلها
“Diceritakan bahawa telah mengadu kepada seorang salafussoleh: Terdapat satu kaum ini hanya bersungguh-sungguh beribadah pada bulan Ramadhan sahaja (selepas itu bermalasan), lalu salaf tersebut menjawab: Hinalah satu kaum yang hanya mengenali Allah swt pada bulan Ramadhan semata-mata sedangkan seorang orang soleh ialah mereka yang berterusan menyembah dan beribadah kepadaNya sepanjang tahun”.
#Maka, tatkala saat ini, kita masih bernyawa maka rebutlah peluang di baki usia yang ada untuk beribadah secara istiqamah agar kita tidak menyesal saat maut menjemput.
#Antara yang akan berlaku hari pertama buat manusia yang ‘berpindah’ ke alam barzakh adalah mereka akan mengulang-ulang pujuk rayu dengan berkata: “Wahai Allah, kembalikan aku hidup di dunia”.
#Golongan itu menyesal kerana tidak sempat beramal soleh dan lalai ketika diberikan peluang oleh Allah swt ketika hayatnya di dunia.
#Ketahuilah, seandainya esok kita mati, bermakna hanya setakat malam ini sahaja segala ibadah dan amalan kebaikan yang dapat kita lakukan. Jika kita sudah berhenti ke masjid surau, sudah berhenti membaca al-Quran ketika tamatnya Ramadhan, maka penyesalan bakal menghantui kita disepanjang kematian kita. Insafilah!!
♡Ya Allah, mudahkanlah kepada kami agar terus dapat beribadah kepadamu sehingga maut datang menjemput. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
