☆Tadabbur Kalamullah 7 Syawal 1445H☆
وَلَقَدۡ یَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرࣲ
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?” [Surah al-Qamar 17]
#Mempelajari al-Quran adalah mudah bagi mereka yang mahu belajar samada dari sudut menghafaz dan memahaminya.
#Perkataan ‘mudah’ bermaksud Allah telah memberikan keperluan dan alat-alat untuk kita memahami al-Quran. Jika kita luangkan masa untuk berusaha memahaminya, kita akan berjaya. Ini kerana Allah swt telah beri segala keperluan kepada kita untuk memahami ayat-ayatNya.
#Para ulamak tafsir telah mengkaji al-Quran dan mengeluarkan pelbagai kaedah untuk menghafaz dan mengingati al-Quran. Disamping itu, untuk memahami al-Quran, mereka telah menulis kitab-kitab tafsir untuk dipelajari oleh kita semua. Mereka telah mengupas ayat-ayat al-Quran itu satu persatu. Dan ramai pakar al-Quran yang boleh menyampaikan maksud al-Quran ini kepada orang yang ingin memahaminya.
#Syeikh Muhammad Hussain ar-Rantawi telah menceritakan kepada kita bahawa terdapat seorang kanak-kanak Iran yang bernama Mahyar Hussain Bour yang berusia kurang sepuluh tahun, namun telah berjaya menghafaz keseluruhan al-Quran. Yang uniknya, anak kecil ini dikatakan memiliki sedikit kecacatan untuk bercakap sejak lahir lagi dan keadaan tersebut berlanjutan sehinggalah dia mencecah usia lima tahun. Kemudian dia memulakan perjalanan hidupnya dengan usaha membaca dan menghafaz al-Quran. Berkat usaha gigihnya yang tidak melihat kepada kecacatan peribadinya, akhirnya dalam tempoh enam bulan sahaja dia sudah mampu menghafaz keseluruhan al-Quran, malah bentuk percakapan lisannya juga menjadi normal semula. Allahuakbar..
#Kisah ini wajar menjadi pedoman buat kita semua bahawa usaha yang bersungguh-sungguh pastinya akan dipermudahkan Allah untuk kita membaca, menghafaz dan memahami al-Quran.
#Berkata Syeikh Muhammad Nur bin Abdul Hafiz Suwaid: “Peringkat kanak-kanak merupakan tempoh paling subur dalam proses pembinaan ilmu dan pengukuhan pemikiran”.
♡Allah swt mengatakan bahawa al-Quran itu sudah dipermudahkan untuk kita menguasai dan memahaminya. Jom berusaha menguasai dan memahami al-Quran!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
