☆Tadabbur Kalamullah 5 Syawal 1445H☆
وَلِتُكۡمِلُوا۟ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
“Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur” [Surah al-Baqarah 185]
#Masyarakat kita selalu ungkapkan bahawa Aidilfitri disambut selama sebulan disepanjang Syawal. Perkara itu benar dari segi adat, tetapi tidka dari segi syariat. Ini kerana hari raya Aidilfitri menurut syariat hanya disambut sehari sahaja.
#Pada sehari Aidilfitri itulah, kita disyariatkan untuk membesarkan Allah dengan melaungkan takbir, tahmid dan tasbih, menunaikan solat sunat Hari Raya berjemaah di masjid atau dataran lapang sambil mendengar Khutbah Hari Raya, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga, kaum kerabat, jiran tetangga, guru-guru serta sahabat handai, kunjung-mengunjung, mengucapkan selamat dan doa untuk kebaikan semua yang masih hidup.
#Namun, norma masyarakat kita yang ingin meneruskan tradisi Aidilfitri di sepanjang bulan Syawal serta ingin kukuhkan dan kekalkan perpaduan, persaudaraan serta semangat kemasyarakatan menyebabkan definisi tersebut diterima pakai oleh umum. Hakikatnya, dari segi syariat, Aidilfitri disambut hanya sehari sahaja.
#Nabi saw bersabda:
مَن أحَبَّ أنْ يُبْسَطَ له في رِزْقِهِ، ويُنْسَأَ له في أثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
“Siapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah diamenyambung silaturrahim” (HR al-Bukhari)
#Pun begitu, tiada ada sebarang halangan bagi sesiapa yang meneruskan tradisi rumah terbuka serta kunjung-mengunjung sepanjang bulan Syawal asalkan tidak melampau dan melanggari batasan syariat sehingga membawa kepada pembaziran, bermewah-mewah, bermegah-megah, dipenuhi hiburan dan pergaulan bebas dan seumpamanya.
#Perlu diingatkan, setelah selesai puasa Ramadhan, disamping menyambut hari raya Aidilfitri, dibulan Syawal ini juga kita dianjurkan untuk memburu pahala puasa setahun dengan berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal ini.
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ، كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْر
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diiringinya dengan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun” (HRMuslim)
#Teruskan istiqamah kita untuk melaksanakan segala perintah Allah swt di sepanjang tahun dengan sentiasa berpuasa sunat, hadir solat berjemaah fardhu di masjid surau, bangun qiamullail di malam hari, melazimi bacaan al-Quran dan kekal menjalinkan silaturrahim, persahabatan, persaudaraan dan perpaduan, moga sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah swt.
♡Semoga amal ibadah dan khidmat bakti terbaik kita di sepanjang Ramadhan diterima Allah swt. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
