
Amalan 2 Hari Raya
Barang siapa membaca pada malam Hari Raya sebanyak 300 kali, kemudian dihadiahkan Pahala bacaan tersebut kpd sekalian kaum Muslimin yang telah meninggal dunia, maka dimasukkan ke dalam tiap-tiap kubur mereka 1000 cahaya. Dan adalah bacaannya :
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ
Dan barang siapa membaca pada tiap-tiap satu dari dua Hari Raya sebanyak 400 kali diantara selepas Solat Maghrib pada malam Hari Raya hingga hendak didirikan Sembahyang Sunat Hari Raya, maka hanyasanya dikahwinkan Allah Taala dengan 400 Hurul ‘Ain (Bidadari). Dan adalah seperti ia memerdekakan 100 sahaya dan membuat akan Malaikat baginya beberapa dusun dan ditanam beberapa pohon kayu sehingga Hari Kiamat. Adalah bacaannya :
لَا إِلَهَ إِلَّا الله وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرُ
كتاب جمع الفوائد وجواهر القلائد (ص١١٧)-
al-‘Allamah Syeikh Daud bin Syeikh ‘Abdullah al-Fathani
لاَ اِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ
