Aidilfitri disambut secara agama hanya pada takbir

Aidilfitri disambut secara agama hanya pada takbir

Lambakan rancangan hiburan tenggelam falsafah hari kemenangan

BANGI, 1 Syawal 1445H, Rabu – Sambutan Aidilfitri kini dilihat tidak lagi disambut secara agama melainkan hanya pada takbir, kata Timbalan Mufti Negeri Perak, Datuk Zamri Hashim.

Ini kerana, lambakan rancangan hiburan telah menenggelamkan falsafah Aidilfitri sebagai hari kemenangan buat umat Islam kerana berjaya mengawal hawa nafsu.

Bagaimanapun, beliau berkata, Islam tidak pernah menghalang hiburan asalkan masih mengikut acuan yang dibenarkan oleh syarak.

“Istilah besarnya peranan media yang akan menghalatujukan masyarakat.

“Kita sangat berharap pihak yang mengawal media benar-benar memastikan garis panduan hiburan mengikut yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Zamri, sekiranya isu itu tidak diberi perhatian oleh penerbit kandungan media, maka umat Islam perlu bijak menapis dan memilih kandungan tertentu untuk kebaikan diri, agama serta masyarakat.

“Mudah-mudahan Aidilfitri tahun ini memberi kelainan kepada kita dengan tapisan yang telah dibina oleh Ramadan, maka kita tapis mana yang baik dan tidak,” katanya.

Ikuti berita terkini di https://t.me/ismaweb

Leave a comment