☆Tadabbur Kalamullah 28 Ramadhan 1445H☆

☆Tadabbur Kalamullah 28 Ramadhan 1445H☆

لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

“Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan” [Surah Al-Qadr 3]

#Harini puasa hari ke 28. Malam ni tarawih malam ke 29. Malam ganjil di 10 terakhir Ramadhan. Malam yang dijanjikan lailatul Qadar.

#Disebut dalam Lathaif al-Maarif: “Terdapat dalam kalangan ulamak seperti Abu Qilabah dan satu golongan yang berpendapat, lailatul qadar itu beredar antara malam-malam 10 yang terakhir itu. Diriwayatkan daripadanya bahawa ia beredar secara khusus pada malam ganjil. Di antara mereka yang berpendapat bahawa perpindahan itu pada malam 10 yang terakhir ialah Imam al-Muzani dan Ibn Khuzaimah. Begitu juga Ibn ‘Abd al-Bar menukilkannya daripada Malik dan Thauri”.

#Hal ini juga berdasarkan hadis Sayidina Muawiyah r.a bahawa Nabi saw bersabda:

اِلْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ آخِرِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانِ

“Carilah malam al-Qadar pada akhir malam Ramadhan”. (Riwayat Ibn Nasr)

#Imam Ibnu Kathir membentangkan perbahasan panjang dengan pelbagai jalur riwayat hadis bahawa Lailatul qadar boleh berlaku pada malam ganjil 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan.

#Almarhum Buya Hamka menyebut tidak kurang 45 sumber hadis tentang bila terjadinya malam lailatul qadar seperti dicatatkan Ibnu Hajar dalam karya Fathul Bari Syarah Sahih al-Bukhari. Ia bermaksud tiada penentuan tarikh khusus dan jelas berlaku malam tersebut.

#Ini memahamkan kita bahawa walaupun malam al-Qadar disebut-sebut jatuh pada satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan setiap tahun, waktu sebenar malam ganjil itu tidak ditetapkan. Dengan itu, umat Islam digalakkan terus-menerus beribadah dalam tempoh 10 hari agar sempat bertemu dengan malam agung tersebut termasuklah pada malam ini, malam ganjil ke 29.

#Dr Wahbah az-Zuhaili berhujah bahawa Allah menyembunyikan ketepatan malam tersebut sebagai galakan kepada umat Islam mengerjakan ketaatan, tidak lalai, tidak malas dan lebih bersungguh-sungguh beribadah.

♡Jom teruskan ibadah pada malam ini, moga beroleh lailatulqadar. Doakan banyak-banyak semoga Allah memanjangkan umur kita, agar dapat bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan dan beroleh lagi ganjaran lailatul qadar. Aamiiin♡

🐊Ust naim

Klik link ini untuk    

http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   

Leave a comment