☆Tadabbur Kalamullah 27 Ramadhan 1445H☆
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”[Surah al-Qamar 17]
#Berbaki hanya 2-3 hari sahaja lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita. Jika direzekikan panjang umur, kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan. Jika tidak, maka ini adalah Ramadhan terakhir untuk kita. Persoalannya, adakah Ramadhan tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya?
#Jika belum cukup memuaskan hati, maka manfaatkanlah baki-baki Ramadhan yang ada ini untuk membuat pecutan terakhir sebelum sampai ke garis penamat.
#Antara pecutan yang boleh dilakukan ialah tingkatkan masa bersama al-Quran dan qiamullail di malam hari.
#Amalan memperbanyakkan bacaan al-Quran dan mengkhatamkannya hampir setiap malam di 10 akhir Ramadhan dalam misi memburu Lailatulqadar merupakan adat kebiasaan para sahabat, tabi’in dan ulamak salaf terdahulu.
#Antara salafussoleh yang melazimi bacaan al-Quran pada bulan Ramadhan ialah:
1. Imam Malik rahimahullah memberi kecaknaan yang sungguh-sungguh untuk beramal ibadat di bulan Ramadhan, khususnya membaca al-Quran.
2. Imam al-Zuhri tidak meriwayatkan hadis pada bulan Ramadhan tetapi menekuni untuk membaca al-Quran.
3. Al-Imam al-Bukhari dikatakan khatam al-Quran pada bulan Ramadhan setiap hari sekali.
4. Imam Ahmad khatam al-Quran setiap 3 hari sekali dan jika masuk kepada 10 akhir Ramadhan, beliau akan khatam al-Quran sehari sekali.
5. Diriwayatkan daripada Ibrahim al-Nakha’ie, seorang tabi’in iaitu al-Aswad Ibn Yazid mengkhatamkan al-Quran pada setiap dua malam pada bulan Ramadhan.
6. Qatadah mengkhatamkan al-Quran dalam masa tujuh hari, apabila tiba bulan Ramadhan beliau mengkhatamkan dalam masa tiga hari dan apabila tiba sepuluh terakhir Ramadan, beliau mengkhatamkannya pada setiap malam.
7. Mujahid pula mengkhatamkan al-Quran sebanyak sekali pada setiap malam di bulan Ramadhan.
8. Imam as-Syafi’i pula mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali di dalam bulan Ramadhan sepertimana yang diceritakan oleh murid beliau, al-Rabi’ Ibn Sulaiman sepertimana dinukilkan oleh al-Zahabi dalam kitabnya,Siyar A’lam al-Nubala’.
#Namun begitu, di fasa akhir Ramadhan ini timbul banyak cabaran kerana pada waktu ini, kebanyakan kita sibuk untuk melakukan persiapan hari raya, shopping dan sebagainya hingga lalai berdamping dengan al-Quran dan terabai solat malam, apatah lagi qiamullail, hilang tanpa jejak.
#Dinasihatkan agar kita semua, menyusun segala aktiviti bacaan al-Quran dan ibadah di akhir Ramadhan dengan baik agar pecutan di akhir Ramadhan membuahkan hasil yang lumayan bukannya penyesalan yang berpanjangan.
♡Pastikan semangat kita tidak luntur dan sentiasa kuat di fasa akhir ini kerana ramai yang bersungguh-sungguh di awal Ramadhan, namun kecundang di fasa akhir. Selagi belum sampai ke garisan penamat, pastikan jangan sekali-kali pernah terdetik untuk menyerah kalah. Teruskan mengejar Lailatul Qadar!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
