☆Tadabbur Kalamullah 26 Ramadhan 1445H☆

☆Tadabbur Kalamullah 26 Ramadhan 1445H☆

لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

“Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan” [Surah al-Qadr 3]

#Malam ni malam 27 Ramadhan. Malam yang dibicarakan oleh para ulamak mengenai berlakunya lailatulqadar.

#Pendapat yang terkuat mengikut para ulamak bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadhan. Hujah mereka amat banyak, antaranya:

1. Mengikut Abu Ka’ab katanya: “Demi Allah sesungguhnya Sayidina Ibn Mas’ud r.a telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadhan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya”.

2. Daripada riwayat Sayidina Muawiyah: “Bahawa Nabi saw telah bersabda bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27”.

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah al-Qadar mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (هي) yang kembalinya kepada Lailatulqadar. 

3. Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar r.huma:”Sesiapa yang mencari Lailatulqadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu Lailatulqadar pada malam yang ke-27″.

4. Imam at-Thauri menukilkannya daripada ahli Kufah dan berkata, kami berpendapat ia ialah malam ke-27. Di antara ulamak yang bersetuju dengan pendapat ini ialah Sayidina Ubai bin Ka‘ab dan beliau bersumpah dengan pendapat ini daripada Zir bin Hubaisy dan ‘Abdah bin Abu Lubabah.

Diriwayatkan daripada Qanan bin Abdullah, katanya: “Aku bertanya kepada Zir berkenaan lailatul qadar?” Beliau menjawab: “Sayidina Umar, Sayidina Huzaifah dan kebanyakan sahabat Nabi saw tidak ragu-ragu bahawa lailatul qadar berlaku pada malam ke-27. Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dan ini merupakan pendapat Imam Ahmad dan Ishaq.

#Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan bahawa sebahagian ulamaknmazhab Syafi‘i menaqalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas r.huma, katanya: “Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat Isyak secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh juga secara berjemaah”.

#Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: “Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) secara berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperoleh kebaikan malam itu”.

#Begitu jugalah yang dikatakan oleh Imam al-Syafi‘i dalam qaulqadimnya: “Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya”.

♡Semoga Allah swt kurniakan kita bertemu malam al-Qadar. Aamiiin♡

🐊Ust naim

Klik link ini untuk    

http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   

Leave a comment