Tadabbur Kalamullah 6 Ramadhan 1444H

أُبَلِّغُكُمۡ رِسَـٰلَـٰتِ رَبِّی وَأَنصَحُ لَكُمۡ وَأَعۡلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

“(Tugasku) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang (diutuskan oleh) Tuhanku, serta aku memberi nasihat kepada kamu, sedang aku mengetahui (melalui wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” [Surah al-Aʿraf 62]

#Nabi Nuh Alaihissalam memaklumkan kepada kaumnya bahawa tugas baginda menyampaikan nasihat dengan hati yang ikhlas dan baginda tidak memaksa sesiapapun. Hal ini kerana ia merupakan arahan daripada Allah swt dan baginda risaukan keadaan kaumnya yang hidup tanpa panduan dan pegangan yang benar.

قَالَ یَـٰقَوۡمِ إِنِّی لَكُمۡ نَذِیرࣱ مُّبِینٌ * أَنِ ٱعۡبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱتَّقُوهُ وَأَطِیعُونِ

Dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata. “Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku” [Surah Nuh 2-3]

#Nabi Nuh Alaihissalam bukan berdakwah dan menyampaikan nasihat untuk mencari populariti, kemasyhuran, kedudukan dan kekayaan. Baginda juga bukan ingin merendahkan kaumnya atau kerana hendakkan imbuhan upah daripada mereka. Semua itu dilakukan kerana Allah dan untuk menyelamatkan kaumnya daripada kesesatan dan azab Allah swt.

#Berkata Imam at-Thobari rahimahullah:

فَلَبِثَ فِيهِمْ أَلْفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمْسِينَ عَامًا يَدْعُوهُمْ إِلَى التَّوْحِيدِ، وَفِرَاقِ الْآلِهَةِ وَالْأَوْثَانِ

“Maka Nabi Nuh menetap bersama kaumnya selama 950 tahun, menyeru mereka kepada tauhid dan meninggalkan sembahan-sembahan selain Allah dan berhala-berhala”.

#Kalimah أَنصَحُ (Sahaja) berasal daripada kata dasar ن ص ح (sahaja). Dari segi bahasa, kalimah نصح bererti sesuatu yang bersih atau murni (tidak bercampur dengan sesuatu yang lain). Daripada kalimah نصح jadilah kalimah النصيحة (an-nashihah). Nasihat yang ikhlas tanpa memikirkan habuan.

#Nabi Nuh Alaihissalam tersangat layak untuk menyampaikan nasihat kepada kaumnya kerana baginda mendapat wahyu daripada Allah swt. Baginda mengetahui daripada Allah swt perkara yang kaumnya tidak ketahui.

#Maka sepatutnya kaumnya mendengar dan mengikuti dakwah nabi Nuh Alaihissalam, namun disebabkan kedegilan, mereka menentang dan menolak kebenaran yang disampaikan bahkan menyakitinya.

♡Contohilah Nabi Nuh Alaihissalam dalam berdakwah. Walaupun ditentang dan dihalang, baginda tetap menyampaikan kebenaran wahyu Allah dengan penuh keikhlasan dan berusaha menyelamatkan kaumnya daripada kesesatan. Yang dicari hanyalah redha Ilahi, bukannya habuan dunia, pengaruh serta kemasyhuran♡

🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN    

http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:

Leave a comment