π™ƒπ˜Όπ™π™„ π˜½π˜Όπ™„π™†β€¦ π™ˆπ™π™‡π™π™???

οΊΩŽο»Ÿο» ο»¬Ωο»’ΩŽΩ‘ οΊ»ΩŽο»žΩΩ‘ ο»‹ΩŽο» ΩŽο»° οΊ³ΩŽο»΄ΩΩ‘οΊͺِﻧَﺎ ο»£ΩοΊ€ΩŽο»€ΩŽΩ‘οΊͺٍ ο»­ΩŽο»‹ΩŽο» ΩŽο»° ﺁﻝِ οΊ³ΩŽο»΄ΩΩ‘οΊͺِﻧَﺎ ο»£ΩοΊ€ΩŽο»€ΩŽΩ‘οΊͺٍ

π™ƒπ˜Όπ™π™„ π˜½π˜Όπ™„π™†… π™ˆπ™π™‡π™π™???

‘Mulut saya memang macam ni tapi hati saya baik…’

“Sebetulnya yang akan menjadi cerminan kepada tubuh badan, apa yang ada di dalam hati. Apa yang ada di dalam hati mestilah diterjemahkan pada tubuh badan kita. Kunci tubuh badan manusia terletak pada hatinya. Kalau seketul daging ini baik, anggota jasad yang lain baik. Jasad termasuk mata, telinga, lidah, tangan, perut, semualah.

Kalau dalamannya tak baik walaupun dia nampak baik, ini adalah bahagian daripada riyak kerana yang di dalam (hati) tidak baik.

Kalau ada orang mengatakan, hati aku baik tapi luaran tak baik. Tak kena dengan hadis Nabi ο·Ί tadi. Luarannya baik, dalamannya tak baik pun tak kena juga.

Namun baiknya dalaman bukan menentukan kalau kita tidak boleh berbuat salah, tidak begitu. Justeru baiknya dalaman, ia akan menginsafi kesalahan. Tak mahu mengakui kesalahan, ini orang yang ego. Merasa diri paling betul, ini ada yang tak kena.”

https://t.me/habibalialhamid/2731

Leave a comment