إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِی خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِی سِتَّةِ أَیَّامࣲ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِۖ یُغۡشِی ٱلَّیۡلَ ٱلنَّهَارَ یَطۡلُبُهُۥ حَثِیثࣰا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ وَٱلنُّجُومَ مُسَخَّرَ ٰتِۭ بِأَمۡرِهِۦۤۗ أَلَا لَهُ ٱلۡخَلۡقُ وَٱلۡأَمۡرُۗ تَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam” [Surah al-Aʿraf 54]
#Kemudian Allah swt mengatakan setelah Dia menciptakan langit dan bumi lalu Dia bersemayam di atas Arasy.
#Yang pasti Allah استَوىٰ atau bersemayam sebagaimana yang layak bagi Allah swt dan perbuatan tersebut langsung tidak sama dengan perbuatan makhluk.
#Dalam membahaskan isu ini terdapat 2 golongan. Satu golongan tidak mentakwil ayat ini dan satu golongan mentakwilkan ayat ini. Maka kedua-dua ada pandangan dan hujah masing-masing yang sepatutnya dihormati kedua-dua pandangan ini. Namun yang terjadi kepada generasi hari ini adalah sebaliknya iaitu pertelingkahan dan saling salah menyalah dan merasakan hanya mereka yang benar.
#Umat Islam tidak perlu membuang masa membincangkan perkara ini hingga berbalah sesama sendiri. Ayat ini adalah ayat Mutasyabihat yang kita tidak jelas maksud sebenarnya. Penyelesaiannya hayatilah firman Allah swt:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
“Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat” [Surah as-Syuro 11]
#Ketika Imam Malik rahimahullah ditanya tentang istiwa’ Allah swt, maka beliau menjawab:
َاْلإِسْتِوَاءُ غَيْرُ مَجْهُوْلٍ، وَالْكَيْفُ غَيْرُ مَعْقُوْلٍ، وَاْلإِيْمَانُ بِهِ وَاجِبٌ، وَالسُّؤَالُ عَنْهُ بِدْعَةٌ، وَمَا أَرَاكَ إِلاَّ ضَالاًّ
“Istiwa’nya Allah ma’lum (sudah diketahui maknanya), dan kaifiyatnya (caranya) tidak dapat dicapai akal (tidak diketahui), dan beriman kepadanya wajib, bertanya tentang hal tersebut adalah perkara bid’ah, dan aku tidak melihatmu kecuali dalam kesesatan.”
Kemudian Imam Malik rahimahullah menyuruh orang tersebut pergi dari majlisnya. (Lihat: Syarhus Sunnah lil Imam al-Baghawi)
#Isu tentang hal ini sentiasa menjadi satu pertikaian yang tiada berkesudahan malah sehingga terjadi pertikaian hebat, salah menyalah, sesat menyesat, kafir mengkafir dalam kalangan masyarakat Islam kita sejak zaman berzaman. Para sahabat tidak berbalah, tabi’in pun tidak berbalah, imam-imam mazhab juga tidak berbalah mengenai isu ini. Yang berbalah dahsyat hanyalah kita generasi terkemudian sehingga merosakkan perpaduan dan kesatuan umat Islam.
♡Semoga dengan ilmu menjadikan kita insan yang tawadhuk dan mendamaikan ummah♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
