☆Tadabbur Kalamullah 2 Rejab 1442H☆
قَالَ إِنَّمَاۤ أَشۡكُوا۟ بَثِّی وَحُزۡنِیۤ إِلَى ٱللَّهِ وَأَعۡلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ
(Nabi Yaakub) menjawab: “Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya” [Surah Yusuf 86]
#Satu perkara besar yang perlu kita ambil berat ialah tentang pengaduan atau keluhan kita tatkala di timpa masalah dan ujian. Kepada siapa kita mengadu?? Adakah kepada Allah swt atau kepada manusia.
#Lihatlah kisah Nabi Yaakub Alaihissalam sebagaimana ayat diatas, baginda mengadu hanya pada Allah swt. Inilah contoh terbaik yang perlu diikuti dan diteladani.
#Hal ini ditunjukkan juga oleh baginda Rasulullah saw.
Ketika ada masalah berat, baginda mengadu kepada Allah swt dengan mendirikan solat.
#Sayidina Huzaifah r.a berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حَزَبَهُ أَمْرٌ صَلَّى
“Apabila ada masalah berat, Nabi saw mengerjakan solat” (HR Ahmad dan Sunan Abi Dawud)
#Orang yang segera kembali kepada Allah ketika ada masalah berat, maka hatinya akan kembali tenang.
♡Sentiasalah mengadu kepada Allah samada melibatkan masalah berat ataupun ringan atau apa sahaja masalahnya. Mengadu dan memohon hanya kepadaNya♡
🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
