Kenapa matahari naik dari barat sebelum kiamat?
Sebab nak buktikan pada golongan saintisme, bukan semua perkara boleh dicapai dengan ilmu sains hari ini.
Sains kata matahari naik daripada barat itu perkara mustahil. Islam kata pasti akan berlaku.
Zahirnya bercanggah. Tapi hakikatnya, sains juga ciptaan Allah. Ia tak akan bercanggah. Cuma akal manusia yang belum tercapai untuk menjustifikasikan fenomena tersebut secara saintifik.
Sama juga tentang kewujudan tuhan, syurga, neraka, dosa, pahala. Ajaran Islam yakin ia wujud. Tapi sains tak boleh buktikan. Menunjukkan sains terbatas.
Malangnya manusia menganggap sains adalah segala-galanya hari ini. Tak ada bukti saintifik terus dikata tak betul.
Bukti saintifik pula perlu mendapat pengesahan autoriti tertentu sahaja. Tak ada cop sekian-sekian, tak masuk lab itu ini, terus kira pseudoscience. Padahal prosedur dan polisi autoriti adalah salah satu instrumen ekonomi politik yang perlu disedari.
Sebagai pejuang Islam, perlu lebih celik dengan percaturan politik. Jangan terlalu lurus membaca apa di atas kertas. Dunia bukan di pihak kita sekarang.
Jom bincangkan malam ini!
❄❄❄❄❄❄❄
KULIAH HARAKI MINGGUAN
⚔️ Kitab: Di Bawah Naungan Al-Kahfi
⚔️ Tajuk: Ayat 47-49: ESKATOLOGI MENURUT SAINTISME DAN POSITIVISME
⚔️ Tarikh: Isnin 15 Februari 2021
⚔️ Masa: 7.30-8.30malam
⚔️ Platform: Google Meets/Zoom (sila install dahulu).
⚔️ Penyampai: Alang Ibn Shukrimun
☢Link akan dishare dalam whatsapp group. Kepada yang belum berdaftar, boleh berhubung dengan urusetia:
http://www.wasap.my/60139823536
(Terhad kepada ahli PAS sahaja)
☢Dapatkan buku teks kuliah (Di Bawah Naungan al-Kahfi; Persiapan Tentera al-Mahdi jilid 1): https://shopee.com.my/product/136494605/4039806443?v=bfb&smtt=0.0.3
☢Untuk versi umum, boleh ikuti live setiap selasa selepas maghrib di page:

t.me/alangibnshukrimun/1416