Tadabbur Kalamullah 1 Jamadil Akhir 1442H

☆Tadabbur Kalamullah 1 Jamadil Akhir 1442H☆

لِّیَجۡزِیَ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَهُم مَّغۡفِرَةࣱ وَرِزۡقࣱ كَرِیمࣱ

“(Kedatangan hari kiamat itu) supaya Tuhan membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh; mereka itu akan beroleh keampunan dan limpah kurnia (rezeki) yang mulia” [Surah Saba’ 4]

#Dalam ayat ini Allah swt menyatakan bahawa dua ganjaran besar yang akan dikurniakan kepada hambaNya yang beriman dan beramal soleh iaitu:

1. Beroleh keampunan Allah.

2. Beroleh limpah kurnia/rezeki yang mulia.

#Keampunan Allah adalah matlamat yang ingin dicapai setiap Mukmin dan ia hanya boleh dicapai dengan perlumbaan mencari kebaikan di samping usaha bersungguh-sungguh bagi mencapainya serta sentiasa memohon keampunan daripada Allah swt. Beroleh keampunan bermaksud seseorang itu mengadap Allah dalam keadaan suci dan bersih daripada sebarang kesalahan. Dengan penyucian tersebut melayakkan seseorang itu beroleh keredhaanNya.

#Yang dimaksudkan dengan limpah kurnia atau rezeki yang mulia ialah beroleh syurga. Orang yang beriman dan beramal soleh akan beroleh rezeki terbesar dan termulia iaitu syurga.

وَمَن یُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ وَیَعۡمَلۡ صَـٰلِحࣰا یُدۡخِلۡهُ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۤ أَبَدࣰاۖ قَدۡ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ لَهُۥ رِزۡقًا

“Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah *mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian (rezeki)*” [Surah at-Talaq 11]

#Syurga yang terhebat, tertinggi dan termulia ialah syurga firdaus.

إِنَّ فِى الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِى سَبِيلِهِ ، كُلُّ دَرَجَتَيْنِ مَا بَيْنَهُمَا كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ ، فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَسَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ ، فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّةِ ، وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ ، وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ

“Sesungguhnya di syurga itu ada 100 tingkat yang telah Allah janjikan bagi para mujahid di jalan Allah. Jarak antara dua tingkat adalah bagaikan jarak antara langit dan bumi. Jika kamu ingin meminta pada Allah, mintalah syurga Firdaus. Syurga Firdaus adalah syurga yang paling utama dan paling tinggi, di atasnya adalah ‘Arsy ar-Rahman, darinya pula mengalir sungai-sungai syurga” (HR al-Bukhari)

♡Beriman dan beramal solehlah dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan mengharapkan keredhaan Allah swt. Semoga kita beroleh nikmat keampunan dariNya dan juga rezeki mendiami syurga Firdaus yang tertinggi. Aamiiin♡

🐊Ust naim

Telegram

Klik link ini untuk JOIN

bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

t.me/tadabburkalamullah/2077

Leave a comment