Sahabat….
Jangan tersentak bila ditegur?
Jangan mengamuk bila dikritik?
Jangan marah bila dibidas?
Dan jangan berkecil hati bila dinasihati?
Sahabat…
Bersyukurlah bila masih ada yang sudi menegur…
Bersyukurlah bila masih ada yang sudi menasihati…
Bersyukurlah bila ada yang masih sudi berada disisi…
Kata-kata bukan hanya sekadar perkataan….
Perkataan bukan hanya secebis bicara…..
Bicara bukan hanya sekadar bahasa…
Bahasa bukan sekadar lantunan suara….
Sahabat….
Ingatlah tiap kebaikan yang dilakukan adalah bekalan..
Tiap amal itu adalah saham…
Dunia ini hanyalah persinggahan….
Untungnya mereka yang terus mendapat ganjaran walaupun berada di alam sana…
Sahabat…
Hidup ini bermula Tanpa adanya apa apa…Begitu juga penghujungnya
Harus pulang bila sudah tiba masanya….
Kita disini hanyalah Seketika….
Datang mencari dan akan pulang bila diseru….
Persinggahan ini mencari amal…
Sebelum waktu terhenti sesal tak sudah…
Setinggi manapun mendaki….
Sejauh manapun Berlari dan mengejar duniawi….
Pasti tiba suatu hari nanti pasti akan diuji….
Jatuh terpinggir sepi tiada apa dapat Menghalang suratan yang sudah tertulis…
Diri Hanya mampu bersabar dan sujud padaNya….
Sebelum dihitung sebelum dihukum Hanya mampu lafazkan
Bisik-bisik taubat….semoga diampunkan segalanya….
Allahu diri Sering kali terlupa Dan selalu alpa memilih jalan yang salah…
Leka dan hanyut dalam dosa Sehingga kabur mata dan jiwa…
Seketika di sini diri ini masih di Persinggahan mencari erti….
Sebelum waktu terhenti Sungguh diri ini ikhlas akan qada dan qadarnya….
Bila diri sudah alpa tak mampu bersabar dan tiada sujud padaNya…
Hanya menghitung seksa kubur sesal tak sudah….Allahu.
Allah punya caraNya sendiri.
Sesungguhnya…Diri ini sering lupa untuk mengingati Allah……
Ya diri ini Mudah melupakan bila orang berbuat kebaikan….
Ya diri Tetapi mengingati, tatkala disakiti…..
Manusia itu Mudah berputus asa….ketika yang di pinta tidak diberikan..
Tetapi juga mudah lupa diri bila…..sudah diperolehi kehendak hati.
Manusia itu ada di antara kita-kita ini Yang masih belum sedar…
Waktunya sudah semakin hampir…..Tetapi masih sibuk mengejar duniawi
Ingatlah…..
Yang pasti, ia takkan dapat membawa dunia di padang mahsyar kelak. Bila sudah mati, segala harta, anak-cucu, kereta, emas, laptop dan segala-galanya ditinggalkan. Yang akan ia bawa esok hanyalah BEKAL AKHIRAT yang akan ia ‘tuai’ ketika ‘berladang’ di dunia dahulu. Itu sajalah ‘saham’ yang akan ia bawa.
Rugi, kalaunya jika lebihkan dunia berbanding akhirat, padahal akhirat adalah keutamaan. Di dunia, kita akan mati. Hidup 60-70 tahun, mati. Tapi di akhirat, kita akan dikekalkan oleh Allah untuk hidup buat selama-lamanya; jadi adakah berbaloi kalau duniawi kita lebih banyak daripada akhirat?
Ingat bila kita mengejar dunia, kita akan dapat dunia. Nak pujian, kita dapat pujian di dunia. Tapi akhirat, apa kita dapat? Buat baik, tapi riak, cerita kat orang, rendah-rendahkan orang yang taknak buat baik macam kita, akhirnya mengharapkan orang puji dan ingin diri sendiri menjadi contoh? Kan rugi, pujian dapat tapi pahala tak dapat. Jagalah amalan kita, jaga hati, ‘simpan’ untuk akhirat. Biar berpenat-penat untuk Allah, daripada berpenat-penat buat baik tapi Allah dan para malaikat tak puji pun.
Tak rugi kalau kita berubah sekarang. Tak rugi kita berlumba-lumba dalam beramal soleh kerana nak dapatkan redha Allah. Kerana hanya dengan redha Allah, kita dapat masuk syurga. Bukan amalan, bukan duniawi, bukan dengan harta-harta yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Tapi semata-mata REDHA-NYA.
Jangan pernah lupa yang Allah memberi segala-galanya pada kita Kejayaan, kesihatan, kekayaan, kelapangan dan macam-macam lagi
اَللّـٰـهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَـيَّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى أٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلٰى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى أَٰلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى أٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلٰى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى أٰلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِى
👉Copy and paste
