☆Tadabbur Kalamullah 30 Jamadil Awwal 1442H☆
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas” [Surah al-A’raf 31]
#Berkata Syeikh Muhammad Mustafa al-Maraghi, dalam Tafsir al-Maraghi: “Ayat di atas menunjukkan bahawa manusia perlu bersikap sederhana dalam melakukan sesuatu kerana Allah tidak suka sama sekali mereka yang melampaui batas”.
#Dalam Tafsir al-Muyassar menyebut: “Ayat ini menjelaskan bahawa Allah swt tidak suka kepada mereka yang melakukan pembaziran pada makanan, minuman dan semua aspek lain”.
#Ingatlah bahawa sifat membazir merupakan amalan syaitan.
إِنَّ ٱلْمُبَذِّرِينَ كَانُوٓا۟ إِخْوٰنَ ٱلشَّيٰطِينِ ۖ وَكَانَ ٱلشَّيْطٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورًا
“Sesungguhnya orang-orang yang boros (membazir) itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” [Surah al-Isra’ 27]
#Begitu juga sikap melampaui batas merupakan satu sifat yang menyebabkan dibinasakan dan ditimpa azab daripada Allah swt. Firman Allah swt:
ثُمَّ صَدَقۡنَـٰهُمُ ٱلۡوَعۡدَ فَأَنجَیۡنَـٰهُمۡ وَمَن نَّشَاۤءُ وَأَهۡلَكۡنَا ٱلۡمُسۡرِفِینَ
“Kemudian Kami tepati janji Kami kepada mereka, lalu Kami selamatkan mereka dan sesiapa yang Kami kehendaki, dan (sebaliknya) Kami binasakan orang-orang yang melampaui batas” [Surah al-Anbiya’ 9]
مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ لِلۡمُسۡرِفِینَ
“Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya)” [Surah az-Dhariyat 34]
♡Oleh itu, jangan sesekali membazir dan melampaui batas dalam makan, minum, berpakaian, berhibur, bersukan, bermuamalah, berpolitik dan semua urusan. Bersederhanalah kerana itu yang terbaik!!♡
🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
