JIWA TARBAWI 706
Jadual Harian Tarbiyyah Ruhiyyah 1
( جدول التربية الروحية اليومية )
# المكوث في البيوت
# stayathome
Wahai saudaraku! Aturkanlah jadual hidup mu :
Sejak dari bangun daripada tidor hingga sebelum terbit fajar….
1. Usahakanlah bangun sebelum masuk waktu subuh supaya dapat beribadah di sepertiga malam terakhir..
قال الغزالي في بداية الهداية :
فإذا استيقظت من النوم، فاجتهد أن تستيقظ قبل طلوع الفجر، وليكن أول ما يجري على قلبك ولسانك ذكر الله تعالى؛ فقل عند ذلك: الحمدلله الذي أحيانا بعدما أماتنا وإليه النشور،…..
Imam Al Ghazali rahimahullah ta’ala, menyebut dalam kitabnya, Bidayah Al Hidayah :
” Maka apabila engkau bangun daripada tidor, bersungguh-sungguhlah agar engkau bangun sebelum terbit fajar, dan hendaklah yang pertama terlintas atas hatimu dan disebut pada lidahmu ialah zikir ( ingatan ) pada Allah ta’ala. maka bacalah ketika itu : ( maksudnya) ‘ Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepasa mematikan kami dan kepadanya kami akan kembali ‘.
Tidor adalah saudara kepada mati. Sayugianya jangan sampai tewas dengan tambatan syaitan, musuhmu yang paling nyata.
يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلاَثَ عُقَدٍ ، يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ. فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ. فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ. فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ. فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلاَّ أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلاَنَ.
( رواه البخاري ، 1142)
” Syaitan akan mengikat tengkuk salah seorang di antara kamu apabila kamu tidur dengan tiga ikatan. Ia menepukkan pada setiap ikatan; bagimu malam yang panjang maka tidurlah. Apabila kamu bangun dan berzikir kepada Allah maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk maka terbuka pula satu ikatan. Apabila kamu bersolat terbukalah satu ikatan. Maka di pagi hari kamu akan bersemangat dan merasa segar. Jika tidak nescaya di pagi hari perasaannya buruk dan malas.”
( Imam al-Bukhari, no: 1142 )
2. Jangan cuai daripada bersiwak
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : (لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك مع كل صلاة)
( رواه البخاري ، 838 )
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
” Kalaulah tidak menyukarkan ummat aku nescaya aku benar-benar menyuruh mereka dengan siwak di setiap solat”
( HR Bukhari, 838 )
3. Solat sunat dua rakaat sebelum mengerjakan Solat Tahajjud
Hendaklah dikerjakan solat dua rakaat yang ringan sebelum memulakan solat Tahajjud. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ مِنْ اللَّيْلِ فَلْيَفْتَتِحْ صَلاَتَهُ بِرَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ.
“Jika salah seorang dari kalian ingin melaksanakan solat malam, maka hendaklah dia memulai solat malamnya dengan mengerjakan (solat) dua rakaat yang ringan ( cepat).”
( HR Imam Muslim, 1287 )
Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:
” Al-Hafiz Abu al-Fadhl bin al-Husain menyebutkan dalam kitab Syarah al-Tirmizi bahawa rahsia solat malam dimulai dengan dua rakaat yang ringan adalah untuk segera melepaskan ikatan syaitan.
( Fathul Baari jilid 6, ms. 273.)
4. Bertahajjudlah demi kedudukan yang tinggi di sisi Allah ‘Azza wa Jalla
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
“Dan pada sebahagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Rabbmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. “
(Al-Israa, 17: 79)
Solat Tahajjud dapat mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, menutup kesalahan kita yang lalu serta menghapuskan dosa-dosa kita. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأَبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَإِنَّ قِيَامَ اللَّيْلِ قُرْبَةٌ إِلَى اللَّهِ وَمَنْهَاةٌ عَنْ الْإِثْمِ وَتَكْفِيرٌ لِلسَّيِّئَاتِ.
( رواه الترمذي ، 3472 )
“Hendaklah kalian melaksanakan solat malam kerana solat malam itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, ibadah yang mendekatkan diri kepada Tuhan kalian, serta penutup kesalahan dan penghapus dosa.”
( HR Imam al-Tirmizi , 3472.)
Amalan solat sunat yang paling utama di sisi Islam adalah solat Tahajjud. Ini sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ. وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
( رواه مسلم ، 1163 )
” Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam (Tahajjud).”
( HR Imam Muslim, no: 1163.)
Adalah lebih utama sekiranya solat Tahajjud tersebut dilakukan di rumah atau bilik sendiri dan bukan di masjid. Ini adalah kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam biasa melakukan solat Tahajjud di rumahnya sendiri. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
فَعَلَيْكُمْ بِالصَّلاَةِ فِي بُيُوتِكُمْ! فَإِنَّ خَيْرَ صَلاَةِ الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلاَّ الصَّلاَةَ الْمَكْتُوبَةَ.
( رواه مسلم، 781 )
“Hendaklah kalian solat di rumah kalian! Kerana sebaik-baik solat seseorang itu adalah di rumahnya kecuali solat wajib
(HR Imam Muslim, no: 781.)
Hendaklah memanjangkan berdiri ketika solat iaitu dengan membaca surah yang panjang dan melamakan sujud tatkala solat Tahajjud. Sujud tersebut dipanjangkan kerana Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakan doa ketika sujud. Ini sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ.
( رواه مسلم، 482 )
” Saat yang paling dekat bagi seorang hamba untuk berada di samping Tuhannya, ialah ketika dia sujud. Dari itu hendaklah kamu memperbanyakan doa ketika sujud itu”.
( HR Imam Muslim, no: 482)
5. Memohon keampunan dan bertaubat dan beristighfar.
كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ ﴿١٧﴾ وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ﴿١٨﴾
Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam.(17) Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.(18)
Az Azariyat : 17-18
عن الأَغَرِّ بنِ يسار المزنِيِّ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُول الله – صلى الله عليه وسلم -: «يَا أَيُّهَا النَّاسُ، تُوبُوا إِلى اللهِ واسْتَغْفِرُوهُ، فإنِّي أتُوبُ في اليَومِ مئةَ مَرَّةٍ» .
( رواه مسلم، 4871 )
Dari Sahabat Al-Aghar bin Yasar al-Muzni RA bahwasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.”
( HR Muslim, 4871 )
6. Bagi yang belum solat witir , maka bangunlah mengerjakan solat sunat itu tiga rakaat atau sekurang-kurangnya 1 rakaat. Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.
عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الوتر ركعة من آخر الليل.
( رواه مسلم، 1247 )
Daripada Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
” Solat witir satu rakaat daripada akhir malam “.
( HR Muslim, 1247 )
Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.
روي مسلم في صحيحه عن جابر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “من خاف ألا يقوم من آخر الليل فليوتر أوله ، ومن طمع أن يقوم آخره ، فليوتر آخر الليل ، فإن صلاة آخر الليل مشهودة ، وذلك أفضل”.
( رواه مسلم، 1255 )
Daripada Jabir RA, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.”
( HR Muslim, 1255 )
Kemudian, bersedialah untuk solat subuh berjamaah kerana kelebihannya amat besar. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
( رواه الترمذي، 1049 )
” Barangsiapa salat isya` berjama’ah, seolah-olah ia salat malam selama separuh malam, dan barangsiapa salat shubuh berjamaah, seolah-olah ia telah salat seluruh malamnya.”
( HR Tirmizi, 1049 )
Justeru, wahai saudaraku amalkanlah dan berusahalah engkau agar istiqamah dalam beramal dengannya.
أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّـهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿٦٢﴾ الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ ﴿٦٣﴾ ﴿يونس: ٦٢-٦٣﴾
Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.
Yunus. : 62-63
ABi
# المكوث في البيوت
# stayathome
