[Conspiracy Theory Or Islamic Eschatology-Chapter 1] [Teori Konspirasi Atau Eskatologi Islam- Bab 1]

Malay and English language

[Teori Konspirasi Atau Eskatologi Islam- Bab 1]

Dalam keadaan kita berdepan bala yang bernama COVID-19 ini. Kita juga berdepan dengan fitnah yang semakin memuncak khususnya terhadap pegangan agama dan akidah.

Membicarakan tentang isu-isu akhir zaman, yang membuka ruang fitnah terlebih dahsyat sehingga tahap menggelar mereka yang bekerja sebagai doktor itu adalah ejen Dajjal, para mufti dan ulama’ itu adalah ulama jahat dan pelbagai lagi tuduhan jelek yang berpusat dari syak wasangka.

Hampir kesemua benda kononnya adalah milik Dajjal yang sudah dirancang oleh kumpulan rahsia bernama Freemason dan Iluminati.

Aku secara peribadi sudah terperangkap dalam ideologi Teori Konspirasi semenjak umur 14 tahun lagi. Buku-buku genre TK ini sudah aku miliki sebanyak 26 buah buku. Dan kini buku tu semua aku bagi kat orang dah. Taubat betul dah ni.

Setakat Jerry D. Gray dengan video Arrival belum cukup TK lagi. Baca dulu buku Adnan Oktar (Harun Yahya) dan Ibn Ya’kub. Buku-buku ini sekitar tahun 2012 adalah buku yang paling mind-boggling.

Hidup aku secara peribadi memang penuh dengan syak wasangka dan paranoid membuta tuli. Sebijik apa yang dilalui oleh golongan pentaksub TK yang kita nampak hari ini.

Akhirnya diizinkan Allah S.W.T untuk aku melangkah masuk ke dalam pengajian pondok pada tahun 2015. Mendalami dan cuba memahami intipati tauhid yang sepatutnya difahami oleh setiap individu muslim.

Di sinilah, aku tersedar bahawa pemikiran TK sudah merobek jiwa tauhid kita selama ini. Kerana apa? Bagi yang taksub dengan TK, pengakhirannya akan melahirkan sebuah pemikiran pasrah dah kalah. Kononnya Dajjal sudah menang, dan kita hanya perlu tengok saja.

Apa percanggahannya? Percanggahannya jelas bertentangan dengan rukun Iman yang bernama Qadha’ dan Qadar. Seakan-akan kita menafikan bahawa Allah itu Maha Berkuasa dalam tidak sedar.

Maka, satu kesimpulan yang dapat aku titipkan adalah dalam beberapa persoalan yang masih tidak mampu dijawab oleh pentaksub TK. Persoalannya adalah:

1. Kalau benar konspirasi ini rahsia? Kenapa buku-buku TK yang kononnya ingin membongkar “rahsia” ini melepasi pasaran dengan permintaan yang tinggi. Sehingga diangkat menjadi best-seller kerana laris penjualannya? Kata rahsia?

2. Mereka yang bernama Youtuber dan Blogger TK ini kenapa suara dan pendapat mereka tidak disekat oleh “tangan ghaib” itu? Siap boleh jual produk sendiri? Sepatutnya kalau rahsia, mau mati habis dah yang duk acah-acah hero ni. Kan?

3. Kenapa aktivis TK di Malaysia, hanya mengambil rujukan dari website teori konspirasi barat? Kenapa tidak mengambil rujukan dari jumhur ulama’? Setakat youtube ustaz Auni dengan Ustaz Wadi Anuar tu bukan sumber bang. Depa pun cerita tak teruk macam dengan pentaksub TK ni.

Rupanya sekadar memenuhi content untuk melariskan jualan sahaja. Sembang bagi gegaq alam maya, last sekali nak suruh beli produk dia. Pakej beranak dalam kolam, pakej ubat dari daun ganja. Dan pelbagai lagi.

Sehingga satu peringkat. Aku sedar yang Teori Konspirasi ini cumalah “Art of Propaganda” ataupun diversion yang hendak mengucarkacir umat manusia. Inilah antara fitnah akhir zaman yang terlepas pandang oleh pentaksub TK.

Habis semua ulama’ yang tidak bersetuju dengan mereka. Dituduh ejen Dajjal dan ulama jahat. Merekalah kononnya al-Ghuraba’ yang bakal dijamin syurga.

Sembang itu ini, dalam tak sedar menjadi ejen kepada Dajjal itu sendiri. Nak jugak orang jadi paranoid macam dia.

Radikal! Ekstrimis! Itulah yang berlaku kepada mereka ini. Apatah pula TK ini didokong oleh artis-artis baru berhijrah.

Fatwa ulama’ dibakul sampahkan, teori dari pendeta Yahudi pula disembahnya.

Realiti konspirasi yang sebenar mustahil musuh Allah ini ingin mendedahkannya. Kalau dak macam mana depa nak buat kerja. Maka, disibukkanlah kita dengan “kulit” bukan “isi”nya.

Dan menyedihkan lagi teori konspirasi dijenamakan sebagai antara ilmu sam’iyyat atau dipopularkan atas nama ilmu Fitan oleh sesetengah ustaz-ustaz tempatan. Kasihan orang awam, yang akhirnya turut menurut jalanan yang tidak tahu betul atau tidak.

Perbezaan ilmu eskatologi Islam dengan teori konspirasi ini sangatlah ketara:

Eskatologi Islam ini terdiri atas dalil dan nas, ia juga sebahagian dari juzuk Sam’iyyat. ulama’ tidak membahaskan peristiwa akhir zaman itu secara terperinci. Sebagaimana dinyatakan dalam hadis dan al-Quran, huraian para ulama’ tidak pernah lari daripada itu. Apatah pula untuk mencipta sebuah spekulasi sahaja.

Bahkan begitu banyak karangan ulama-ulama silam dalam menceritakan tentang peristiwa akhir zaman. Dan semuanya akhir sekali membawa solusi untuk umat dalam memahami dan beramal dengan ajaran Islam.

Teori Konspirasi ini kebanyakkannya diceduk dari eskatologi Kristian dan Judaism. Dipetiknya semua, akhir sekali untuk memudahkan teori ini menyerap masuk ke dalam diri umat Islam. Ditampalnya dalil al-Quran dan Hadis agar sesuai dengan teori mereka. Perangai ni perangai Muktazilah bang.

Dan paling mudah nak detect teori konspirasi ni. Dengar dan baca betul-betul. Kalau dia mula dengan “mungkin” atau “rasanya”. Jaga-jagalah ya!

Habis sahaja baca teori konspirasi, langsung tak ada solusi. Depa biaq kita hanyut dalam paranoid yang tak bersempadan. Maka, mulalah manusia mencipta kesimpulan sendiri yang akhirnya merosakkan akidah Islam.

Bersambung…

Penulis Noob

Luqmanulhakim Bin Che Arif Bin Othman Bin Abdul Hamid Bin Sulaiman Bin Khamis

[Conspiracy Theory Or Islamic Eschatology-Chapter 1]

In our condition we face this COVID-19 name. We also face slander which is increasingly culminating especially against religious and religious holdings.

Talking about the issues of the end of the era, which opened the slander room so terrible to the extent of calling those who work as doctors are agents of Dajjal, the mufti and ulama ‘ that are bad ulama and many other bad accusations based on suspicion.

Almost everything is supposed to belong to Dajjal who has been planned by a secret group called Freemason and Iluminati.

I’ve personally been trapped in the ideology of Conspiracy Theory since I was 14 These kindergarten genre books I already have 26 books. And now the book is all I give to people. This is really repentance.

As far as Jerry D. Gray with Arrival video is not quite kindergarten yet. Read the book of Adnan Oktar (Harun Yahya) and Ibn Ya ‘ kub. These books around 2012 are the most mind-boggling books.

My life in person is full of suspicions and paranoids blindly. Exactly what the kindergarten bigot we saw today.

Finally Allah S.W.T allowed me to step into the study of the hut in 2015. Deepen and try to understand the essence of tauhid that every Muslim individual should understand.

This is where I realize that kindergarten’s thinking has ripped apart our tauhid’s soul all along. Because of what? For those who are obsessed with kindergarten, the end will give birth to a thought of surrender. Supposedly Dajjal has won, and we just have to look at it.

What is the contradiction? The contradiction is clearly against the pillars of Faith named Qadha ‘ and Qadar. As if we deny that Allah is Almighty in the unconscious.

So, one conclusion that I can entrust is in some issues that kindergarteners still can’t answer. The question is:

1. If this conspiracy is a secret? Why kindergarten books that are supposed to reveal these ′′ secrets ′′ past the market with high demand. Until you are appointed as a best-seller because of selling it? Secret word?

2. These people named Youtuber and Kindergarten Bloggers why are their voices and opinions not blocked by that ′′ supernatural hand ′′? Who can sell their own products? If it’s a secret, the one who is pretending to die will end up acting like a hero. Isn’t it?

3. Why kindergarten activists in Malaysia, only take reference from the website of Western conspiracy theory? Why not take reference from jumhur ulama ‘? As long as Ustaz Auni’s youtube with Ustaz Wadi Anuar is not a source, brother. They also tell the story is not as bad as this kindergarten bigot.

Apparently just fulfilling content to line up sales only. Chatting for virtual gegaq alam, lastly asking to buy her products. Package for giving birth in the pool, medicine package from weed leaves. And many more.

Until one stage. I realized that this Conspiracy Theory is only the Art of Propaganda or diversion that wants to scrub the human race. This is one of the slander of the end of time that was overlooked by kindergarten bigots.

Finished all the scholars who disagree with them. Accused of Dajjal’s agent and bad scholars. They are supposed to be al-Ghuraba ‘ who will be guaranteed heaven.

This talk, in unknowingly becoming an agent to Dajjal himself. I want people to be as paranoid as they are.

Radical! Extremist! That’s what happens to these people. Let alone this kindergarten is supported by new artists migrating.

Fatwa ulama ‘ is basked by the garment, theory of the Jewish preacher is also worshiped.

The real reality of conspiracy is impossible for Allah’s enemy to reveal it. If they don’t how to do work. So, we are busy with ′′ skin ′′ not ′′ content ′′.

And it is sad that conspiracy theorists are branded as between sam ‘ iyyat knowledge or popularized in the name of Fitan knowledge by some local ustaz. Poor civilians, who end up on the streets who don’t know right or not.

The difference between Islamic eschatology and conspiracy theories is very obvious:

This Islamic Eschatology consists of dalil and nas, it is also part of Sam ‘ iyyat’s constituents. Ulama ‘ did not debate the event of the end of time in detail. As stated in the Hadith and Quran, the description of the scholars never run away from that. What about creating just a speculation.

Even so many of the past ulama s’ essays in telling about the end of time events. And everything finally brings solutions for the people to understand and practice the teachings of Islam.

This Conspiracy Theory is mostly scolded from Christian and Judaism. He quoted all, finally to make this theory easier to absorb into Muslims. The al-Quran and Hadith dalil is patched to fit their theory. This attitude is Muktazilah brother.

And it’s easiest to detect this conspiracy theory. Listen and read carefully. If he starts with ′′ maybe ′′ or ′′ it feels “. Watch out!

Just finished reading conspiracy theories, there is no solution at all. They let us drift away in the borderless paranoid. So, then, man created his own conclusion that eventually damages the Islamic faith.

To be continued…

Noob writer

Luqmanulhakim Bin Che Arif Bin Othman Bin Abdul Hamid Bin Sulaiman Bin Thursday

www.facebook.com/100001288297992/posts/3846957922023780/

Leave a comment