Categories
Islamic

Allah melaknat arak dan rasuah – Indahnya Islam

Allah melaknat arak dan rasuah

1. TINDAKAN kerajaan mengawal penjualan arak di Kuala Lumpur adalah tindakan yang seharusnya disokong. Ia bertepatan dengan saranan hadis malah langkah ini pernah dilaksanakan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz dahulu.

2. Pesoalan yang ditimbulkan oleh kumpulan Patriot dilihat mengelirukan. Mengapa pula perlu membandingkan arak dengan rasuah kerana keduanya adalah sesuatu yang dilaknat oleh Allah dan Rasul. Bererti kedua-dua perkara ini hendaklah dibanteras.

3. Langkah pengawalan arak tidak bererti kita membenarkan amalan rasuah berlaku bahkan kita hendaklah menyeru supaya kedua-dua kemungkaran ini haruslah dibanteras. Ia selaras dengan saranan Rasulullah yang melaknat penyebaran arak dan amalan rasuah. Sabda Rasulullah:

لَعَنَ اللَّهُ الْخَمْرَ وَشَارِبَهَا وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَمُبْتَاعَهَا وَعَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ

“Allah melaknat arak, orang yang meminumnya, orang yang menuangkannya, penjualnya, pembelinya, yang memerahnya, yang mengambil hasilnya, penghantarnya dan orang yang meminta dihantarkan. (HR Abu Daud)

4. Begitu juga Allah melaknat amalan rasuah. Sabda Rasulullah:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي

“Rasulullah melaknat pemberi dan penerima rasuah.” (HR Ahmad)

5. Perhatikan kedua hadis ini betul-betul. Perkataan yang digunakan adalah ‘laknat.’ Bererti perbuatan rasuah dan penyebaran arak ini adalah perlakuan yang amat terkutuk sehingga mereka yang melakukannya dilaknat oleh Allah dan Rasul. Kedua perkara ini memberikan ancaman kepada kesejahteraan negara.

6. Bukan sahaja penyebaran arak ini ditegah oleh Rasulullah, langkah mengawal penjualan arak ini pernah dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz. Umar dilihat cuba menyekat kemasukan dan kebebasan aktiviti import/eksport penjualan arak. Perkara ini direkodkan oleh Ibn Zanjaweh di dalam kitab al-Amwal:

كَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ إِلَى عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَهُوَ عَامِلُهُ عَلَى الْكُوفَةِ: أَنْ «لَا تُحْمَلَ الْخَمْرُ مِنْ رُسْتَاقٍ إِلَى رُسْتَاقٍ.

“Umar Abdul Aziz menulis surat kepada Abdul Hamid ibn Abdul Rahman iaitu Gabenor beliau di Kufah: (kata Umar) Jangan dibawa arak dari satu bandar atau wilayah (rustaq) kepada bandar atau wilayah yang lain.” (Ibn Zanjaweih, al-Amwal, 1/282).

7. Sepatutnya tidak timbul isu mempersoalkan tindakan mengawal penjualan arak ini oleh seorang Muslim. Muslim seharusnya melihat kedua perkara sebagai suatu keutamaan yang mesti dibanteras demi kesejahteraan ummah ini.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

http://www.indahnyaislam.my

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Allah melaknat arak dan rasuah – Indahnya Islam
— Read on www.indahnyaislam.my/2020/11/allah-melaknat-arak-dan-rasuah/

By donshafi9️⃣1️⃣1️⃣

May Allah s.w.t. grant us His taufiq so that we may taste the sweetness of our faith and gratitude and experience the pleasure of worshipping Allah . Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

*Mohon share di group2 lain. Semoga bermanfaat Barakallahu fiikum*

*Jazāk Allāhu Khayran*

👉The views expressed in this article are the author’s own and do not necessarily reflect my stance @donshafi911.

👉Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian @donshafi911.

👉The views expressd in this article are the writer’s own.

👉Pandangan yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s