☆Tadabbur Kalamullah 27 Rabiul Awwal 1442H☆
وَإِذَاۤ أَذَقۡنَا ٱلنَّاسَ رَحۡمَةࣰ فَرِحُوا۟ بِهَاۖ
“Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan)…” [Surah ar-Rum 36]
#Diantara sifat Allah ialah sifat rahmat. Rahmat bererti kasih sayang. Allah swt memiliki rahmat yang umum, meliputi segala sesuatu. Allah swt juga memiliki rahmat yang khusus, yang hanya diberikan kepada para hambaNya yang beriman dan bertaqwa.
وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا
“Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman” [Surah al-Ahzab 43]
#Di dalam ayat di atas Allah swt menyatakan bahawa diantara penyebab kegembiraan dan kebahagiaan manusia ialah tatakala mereka beroleh rahmat daripada Allah.
#Allah swt dengan kasih sayangnya menyediakan segala keperluan untuk kehidupan manusia. Selain dari keperluan asas, dengan rahmatNya juga disediakan apa-apa yang menggembirakan berupa nikmat-nikmat kehidupan.
#Kita juga sering mendengar orang berkata bila hujan turun, bahawa hujan itu adalah rahmat. Pendek kata apa sahaja yang disediakan oleh Allah swt untuk kebaikan dan kegembiraan manusia adalah rahmatNya.
#Oleh itu kita perlu menyebarkan rahmat yakni kasih sayang ke seluruh alam. Allah swt mewajibkan NabiNya dan seluruh umat manusia agar sentiasa menerapkan nilai rahmat dalam kehidupan walaupun terhadap musuh.
#Tanda hati seseorang dipenuhi rahmat ialah:
1. Menginginkan kebaikan buat semua pihak tanpa alasan dan syarat.
2. Sentiasa mendoakan orang lain di luar pengetahuannya.
3. Bertimbang rasa dan menghargai setiap kebaikan yang diberikan untuknya.
4. Mudah meminta maaf dan memaafkan tanpa diminta.
5. Berlapang dada dan bertolak ansur dengan insan lain dalam urusan seharian.
♡Rahmat Allah menggembirakan sekelian manusia. Maka hiduplah dengan suasana penuh rahmat dan ketaqwaan agar kegembiraan sentiasa menaungi kehidupan kita didunia dan di akhirat♡
🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
