Tadabbur Kalamullah 8 Rabiul Awwal 1442H

☆Tadabbur Kalamullah 8 Rabiul Awwal 1442H☆

هُوَ ٱلَّذِیۤ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِینِ ٱلۡحَقِّ

“Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk (al-Huda) dan ugama yang benar (Diinul Haq-agama Islam)…” [Surah at-Tawbah 33]

#Berkata para ulamak tafsir, al-Huda bermaksud ilmu yang bermanfaat. Dan diinul haq bermaksud amal soleh.

#Beramal adalah tujuan utama belajar. Ilmu yang tidak membuahkan amalan, menunjukkan perjuangan menuntut ilmu yang dilalui selama ini adalah gagal, tidak berbuah. Ini bertepatan dengan pepatah yang menyebut:

ألعلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر

“Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah”.

#Beramal tanpa ilmu, sesat. Berilmu tanpa beramal mendapat murka Allah.

#Sayidina Abu Darda’ r.a pernah berkata:

انما أخشى يوم القيامة أن يناديني على رؤوس الخلائق فيقول : يا عويمر ! ماذا عملت فيما علمت؟

“Sungguh aku takut saat kiamat nanti aku dipanggil dihadapan manusia, lalu aku ditanya: “Uwaimir (Abu Darda’), apa yang sudah kamu amalkan dari ilmu yang kamu ketahui?”.

#Sayidina Abu Darda’ seorang sahabat Nabi, hidup bersama Nabi dan berguru secara langsung dengan Nabi saw, mengikuti siri-siri peperangan di jalan Allah bersama Nabi dan sahabat yang lain, namun, beliau tersangat takut dan gerun bila berbicara tentang ilmu yang tidak diamalkan.

#Hal ini sangat berbeza dengan sebahagian besar manusia pada hari ini, yang semakin bangga saat menguasai banyak ilmu, namun sama sekali tidak resah gelisah saat ilmu tidak membuahkan amal.

#Berkata Imam Hasan al-Bashri rahimahullah:

ان المؤمن جمع بين احسان و مخافة, والمنافق جمع بين اساءة و أمل

“Orang-orang beriman itu mengumpulkan antara amal soleh dan rasa takut pada azab Allah. Sementara orang munafik itu mengumpulkan antara berbuat dosa dan angan-angan kosong (tanpa amal)”.

♡Jom kita muhasabah diri, berilmukah kita?. Beramalkah kita? Jadilah mukmin sebenar iaitu dengan berusaha memiliki ilmu dan sentiasa sibuk beramal. Marilah kita bertaubat, perbaiki hati dan amalkanlah ilmu yang kita pelajari. Moga dijauhkan kita daripada sifat munafik. Aamiiin♡

🐊Ust naim

Telegram

Klik link ini untuk JOIN

bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

t.me/tadabburkalamullah/1993

Leave a comment