Beribadah Perlukan Bantuan Allah
==========
1. Perhatikan bagaimana Allah meletakkan elemen ibadah (sembah) dan elemen memohon pertolongan dalam satu ayat. Firman Allah:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
“Kepada Engkau kami sembah (beribadah) dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan.”
2. Ayat ini seakan memberikan kita gambaran bahawa dalam mengabdikan diri (menyembah Allah), kita memerlukan bantuanNya. Dengan sebab itu Rasulullah mengajar Saidina Muaz agar memohon bantuan Allah setiap kali setelah solat.
3. Rasulullah membimbing Muaz agar membacakan doa ini setiap kali setelah solat (atau selepas bacaan tahiyyat) iaitu doa:
اللَّهُمَّ أعِنَّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِك
“Ya Allah, bantulah aku dalam mengingati Mu, bersyukur kepadaMu dan memperelok ibadah kepadaMu.” (HR Abu Daud)
4. Dengan itu marilah bersama kita mengamalkan doa ini. Mohonlah bantuan kepada Allah dalam kita mengabdikan diri kepadaNya.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi

t.me/drahmadsanusiazmi/726