☆Tadabbur Kalamullah 7 Rabiul Awwal 1442H☆
كَلَّاۚ سَنَكۡتُبُ مَا یَقُولُ وَنَمُدُّ لَهُۥ مِنَ ٱلۡعَذَابِ مَدࣰّا
“Tidak sekali-kali! Kami akan menulis apa yang dikatakannya, dan Kami akan tambahi baginya dari azab seksa, berganda-ganda” [Surah Maryam 79]
#Berhati-hatilah kerana di sebalik ungkapan lisan kita ada kehancuran hidup kita. Tidak ada yang lebih pantas membawa kita kepada kebinasaan melebihi lisan yang tidak dapat dikendalikan dengan baik.
#Hukamak menyatakan bahawa Allah swt menjadikan lidah itu di dalam mulut, terpenjara di belakang gigi dan bibir. Oleh itu untuk menggerakkan lidah mengeluarkan tutur kata, kita perlu melalui kedua-duanya. Maka sebelum mengeluarkan tutur kata, hendaknya difikir dua kali buruk baiknya ucapan yang hendak disampaikan tersebut.
#Ingatlah bahawa setiap huruf dan patah perkataan yang diucapkan akan tercatat dan terakam kemas di dalam catatan khas malaikat Raqib dan Atid.
إِذۡ یَتَلَقَّى ٱلۡمُتَلَقِّیَانِ عَنِ ٱلۡیَمِینِ وَعَنِ ٱلشِّمَالِ قَعِیدࣱ * مَّا یَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَیۡهِ رَقِیبٌ عَتِیدࣱ
“Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)” [Surah Qaf 17-18]
#Maka sebelum berkata-kata atau menulis sesuatu maka berfikirlah tentang kesannya yang akan terjadi.
#Berapa banyak kita menyaksikan satu kalimah yang dilontarkan menyebabkan kesengsaraan pada umat?. Berapa banyak kita melihat satu kalimah yang dibicarakan membuatkan dunia ini seakan-akan kiamat?. Berapa banyak kita mendengar satu kalimah yang diucapkan menyebabkan hilangnya banyak nyawa?. Berapa banyak pengalaman yang kita rasakan sendiri, bahawa satu kalimah yang salah dituturkan, menyebabkan penyesalan yang panjang dan kerugian yang besar pada diri, keluarga, agama, bangsa, negara dan dunia?.
#Imam Malik bin Anas rahimahullah meriwayatkan satu kisah mengenai betapa tingginya akhlak dan kesungguhan yang ditunjukkan Nabi Isa Alaihissalam dalam menjaga lidah baginda yang mulia. Dalam kitab al-Muwattha’, Imam Malik meriwayatkan daripada Yahya bin Said bahawa pada suatu hari nabi Isa Alaihissalam ketika berjalan lalu terserempak dengan seekor babi. Baginda berkata kepada babi tersebut: “Lalulah engkau dengan selamat.” Maka baginda ditanya oleh seseorang: “Kenapa engkau berkata sedemikian kepada seekor babi?” Baginda menjawab: “Aku takut untuk membiasakan lidahku bertutur dengan ucapan yang buruk”. Dalam riwayat lain, lihat kitab Ruuhus Sunnah, Baginda bersabda: “Bahawasanya aku tidak suka membiasakan lidahku kecuali untuk menuturkan kebaikan”. Allahuakbar!!
♡Jagalah lidah kita dalam berkata-kata dan tangan kita dalam menulis atau komen sesuatu agar hanya yang baik sahaja di lontarkan. Ingat pesan nabi iaitu hanya berbicara yang baik-baik ataupun diam!!♡
🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
