
*Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,*
Ke hadapan rakyat Malaysia yang dikasihi,
Saya Coach Fadzil, Pengasas MALAKAT Mall, RAUDHAH City dan Kumpulan Pendidikan BRAINY Bunch
Saya ingin berkongsi dengan anda semua, pembangunan sebuah projek khas yang boleh membantu
*menyelamatkan 1 juta keluarga rakyat Malaysia*.
Semua orang tahu wabak Covid 19 yang melanda telah memberi impak kepada ekonomi dunia termasuk ekonomi negara kita. Tiada siapa dapat menjangkakan bilakah igauan ini akan berakhir?
Terlalu ramai antara kita yang kehilangan pekerjaan dan terjejas pendapatan kewangan.
Akibatnya banyak syarikat di sektor Industri kecil dan sederhana yang terpaksa ditutup kerana penjualan yang merudum dan penurunan drastik kunjungan pelanggan untuk berbelanja.
*Apakah cara untuk mengatasi masalah ini?*
Bagaimana kita boleh membantu?
Untuk menjawab persoalan cepu emas ini – kita perlu menganalisa apakah punca masalah dalam sistem ekonomi dan belajar cara terbaik untuk mengatasi masalah ini.
Kita juga harus meletakkan matlamat yang mampu dicapai dan menggunakan pendekatan strategi yang betul.
*Analisa Punca Masalah*
π Pembahagian kekayaan yang tidak adil.
π Yang kaya terus kaya dan miskin kekal jadi miskin.
π Ini adalah fakta sebenar yang sedang berlaku di seluruh dunia!
*Tapi apa sebabnya?*
Kenapa 8 yang terkaya di dunia memegang aset kekayaan sebanyak 3.6 billion populasi dunia?
π *RIBA(faedah atas pinjaman) adalah βsenjata kepada kemusnahan ekonomi!β*
Asas ekonomi dunia dibina berasaskan sistem RIBA.
Tak kisah walau apa jua keadaan, sesiapa sahaja tetap perlu bayar FAEDAH atau RIBA walaupun kehilangan nyawa.
π Kegagalan sistem nilai matawang fiat sebenarnya adalah disebabkan faedah yang terpaksa dibayar oleh individu tanpa mengira status pendapatan.
π Selepas 63 tahun kita merdeka, kita masih lagi tidak boleh berdikari dalam mengukuhkan ekonomi. Kita masih bergantung dengan kuasa asing.
a. Kita masih *gagal untuk menjadi pengeluar makanan*! Kita berbelanja lebih RM50 billion untuk import makanan dari luar walaupun hakikatnya kita sendiri boleh jadi pengeluar!
b. Perbelanjaan runcit pada tahun 2019 sahaja telah mencecah 110 Billion! TETAPI *60% dari jumlah ini telah dibelanjakan untuk syarikat asing! Bumiputera? Hanya 8%!!*
Kebanyakan syarikat asing lebih gemar menggajikan pekerja asing kerana kos upah yang murah.
Mereka memonopoli pasaran dan menyukarkan peniaga-peniaga kecil untuk menembusi pasaran mereka terutamanya majoriti peniaga Islam IKS.
π₯ *Jadi apa yang boleh kita lakukan?*
Dan Apa yang WAJIB kita sokong?
π₯ *PEMBANGUNAN EKOSISTEM EKONOMI MALAKAT @ KELAB MALAKAT*
*1. BERBELANJA DENGAN STRATEGIK*
Dengan menukar perbelanjaan runcit anda, kita akan mampu mewujudkan asas untuk membina kekuatan ekonomi kita tanpa perlu bergantung pada entiti asing.
Saya telahpun memulakan projek MALAKAT Mall untuk memberi peluang kepada pengguna rakyat Malaysia untuk memiliki pusat membeli-belah secara tidak langsung tanpa sebarang kos!
Anda hanya perlu mendaftar sebagai Ahli Kelab MALAKAT untuk mendapatkan hak pengagihan dividen 10% setiap akhir tahun apabila MALAKAT Mall menjana keuntungan.
Dengan menyatukan perbelanjaan ahli Kelab MALAKAT secara strategik, kita juga akan dapat mengurangkan kos pemasaran, dan penjimatan ini disalurkan kepada pengguna dengan harga yang lebih kompetitif.
Oleh itu, MALAKAT Grocer akan melancarkan KEMPEN JAMINAN HARGA TERENDAH 10KM di mana kami akan mengembalikan setiap perbezaan harga yang lebih rendah daripada harga yang kami tawarkan dalam lingkungan radius 10KM daripada Malakat Mall.
MALAKAT Mall juga akan menggunakan keuntungan hasil dari perbelanjaan anda untuk membantu komuniti setempat seperti program Zero Asnaf 2030 dan NORIBA 2030.
2. MENYUMBANG INFAQ DENGAN STRATEGIK*
Untuk membina sistem ekonomi yang bebas RIBA, Ekosistem ekonomi MALAKAT tidak akan bergantung kepada pinjaman RIBA / Faedah, kami telah melancarkan DANA Infaq NORIBA khas untuk ahli Kelab MALAKAT.
50% daripada sumbangan Infaq ini akan diagihkan kepada Dana Pelaburan NORIBA.
Dan 50% lagi diagihkan kepada Dana Pinjaman NORIBA di mana ahli akan mendapat kemudahan pinjaman 100 % tanpa RIBA(Faedah).
Antara kemudahan pinjaman yang disediakan adalah pinjaman untuk Perumahan, Kereta, Pendidikan dan Peribadi.
Untuk mencapai kutipan Dana Infaq NORIBA sebanyak RM1 billion, kami menyarankan agar setiap ahli Kelab MALAKAT menyumbang RM100 sebulan atau sekurang-kurangnya RM10 sebulan sebagai sumbangan Infaq.
Contoh:
1 juta ahli x RM100 = RM100 juta setiap bulan. 10 tahun = RM12 billion.
1% dari setiap Penjualan yang dikumpulkan dari MALAKAT Mall juga akan disalurkan ke Dana Infaq NORIBA setiap bulan.
NORIBA akan menggunakan Dana Infaq Pelaburan untuk memiliki aset-aset strategik seperti bangunan MALAKAT Mall, lot-lot kedai, Kompleks Pendidikan, Hospital dan Bangunan Pejabat dengan menggunakan konsep perkongsian hasil (revenue sharing).
Pulangan dari pelaburan ini akan disalurkan kembali kepada Dana Infaq NORIBA dan digunakan untuk menampung perbelanjaan operasi serta menambah Dana Pinjaman NORIBA.
3. MEMBINA ASET KEWANGAN DENGAN STRATEGIK
Ahli Kelab MALAKAT disyorkan untuk menjadi ahli Koperasi yang bergabung dengan KOPPIM. Untuk yang beragama Islam, anda boleh menyertai terus Koperasi Pembangunan Pengguna Islam (KOPPIM).
Dengan melanggan simpanan saham ahli sebanyak RM100 setiap bulan, kita mampu memberi impak besar kepada masa hadapan ekonomi kita.
Semua Dana simpanan ini akan dilaburkan di dalam sektor perniagaan strategik yang bukan sahaja memperoleh keuntungan yang baik tetapi mereka juga mampu membayar gaji yang lebih tinggi kepada kakitangan.
*Mengapa ia sangat penting?*
65% pekerjaan di Malaysia berasal dari PKS tetapi kerana kebanyakan pendapatan PKS agak rendah, mereka tidak mampu membayar gaji yang lebih tinggi.
Bagaimana kita akan melakukannya dalam tempoh 10 setahun?
Ambil alih 100 pusat beli belah yang sudah βmatiβ dengan pelaburan awal terendah – kami telah menerima lebih daripada 10 tawaran untuk mengambil alih pusat membeli-belah mereka.
Selepas tiga tahun, kita akan beli bangunan mall menggunakan Dana Pelaburan NORIBA.
Gunakan konsep sewaan daripada perkongsian hasil untuk perniagaan.
Gunakan dana Pelaburan NORIBA untuk perniagaan strategik.
Kembangkan 1,000 jenama tempatan untuk menjadi jenama bertaraf dunia.
Kembangkan model asas francais untuk mengekalkan standard dan nilai jenama.
Perniagaan akan diuruskan oleh pasukan pengurusan profesional tempatan terbaik.
Bangunkan pengurusan rantaian bekalan ke seluruh negara untuk pengurusan yang lebih cekap dan memaksimumkan keuntungan.
Inilah SASARAN UTAMA kami untuk menyelamatkan Ahli Kelab MALAKAT* dari kemusnahan ekonomi berasaskan RIBA!
π Menyediakan 1 juta pekerjaan baru dalam tempoh 10 tahun yang menawarkan gaji minima RM5,000 sebulan.
π Hasilkan 100,000 usahawan baru yang mampu menjana keuntungan minima RM50,000 sebulan dan mewujudkan minima 10 peluang pekerjaan.
π Membuka 100 Malakat Mall di seluruh negara.
π Membuka 1,000 Malakat Grocer, 5 unit di setiap kawasan Parlimen.
π Bangunkan 10 pusat pengedaran seluruh negara.
π Himpun dan lancarkan Malakat.com iaitu MarketPlace yang dipercayai dan dimiliki oleh 1 juta ahli komuniti.
π Kembangkan dan wujudkan 100 Ladang Keselamatan Makanan (Food Security Farm) ke seluruh negara (kunjungi ladang Aquaponic Rooftop kami di Malakat Mall).
π Sekiranya anda ingin diselamatkan dari kemusnahan ekonomi berasaskan RIBA, jadilah sebahagian daripada pelan tindakan strategik dan berimpak tinggi ini.
π§² Daftar hari ini sebagai *Ahli Kelab MALAKAT* di https://malakatmall.com/kelab-malakat/
π§² Segera *menyumbang untuk Dana Infaq NORIBA* di http://www.noriba.io.
π§² Tukar *perbelanjaan runcit bulanan anda ke Malakat Grocer*
Cyberjaya! – http://www.malakatgrocer.com
Yang Mencintai Anda, π
Coach Fadzil Hashim
Pengasas Malakat Mall, Raudhah City dan Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch
#NORIBAKomuniti #MalakatEkoSistem #MalakatMall #ZeroAsnaf
