Tak tahu kelakar atau tidak. Seorang ahli biologis wanita kata kat teman lelakinya ‘Darling, I love you from the depths of my hypothalamus,’. Teman lelakinya, seorang peguam rasa offended. Dia terus berpisah dengan teman wanitanya.
.
Kisah benar ini heboh seketika semasa saya masih di Melbourne lagi. Ianya jadi bahan gurauan Prof Don Byrne dalam kuliah Clinical Health Psychology. Walaupun ungkapan wanita itu benar dan tepat, tetapi anggapan masyarakat lain.
.
Cinta dan kasih sayang tidak digambarkan dengan otak. Walapun secara biologinya betul. Tetapi cinta digambarkan dengan hati.
.
Cinta letaknya 100% di otak. Lebih tepat lagi di Deep Limbic System. Hypothalamus berada di dalamnya.
.
Bab cinta ini bukan libatkan bahagia otak sahaja. Banyak neurohormon turut terlibat. Asasnya ada 2 – testosterone untuk lelaki dan estrogen untuk perempuan. Ini level 1. Ada lagi neurohormon lain selepas dua ini.
.
Ada satu kajian dari Rutgers University yang menarik yang saya mahu kongsi. Ia berkenaan apa berlaku bila jatuh cinta. Dengan gunakan mesin imbasan fMRI pengkaji dapati bahagian ventral tegmented area menjadi sangat aktif.
.
Bahagian ini buat apa?
.
Inilah bahagian yang juga keluarkan neurohormon dopamin- hormon bahagia. Dopamin ini hadirkan sense of desire dan excitement. Sense of desire inilah sebabkan seseorang tu angau.
.
Tak dapat tengok orang rumah pun jadilah. Pernah dengarkan?
.
Sense of excitement nilah pula sebabkan orang sebut ‘lautan api sanggup ku renangi’ atau ‘belahlah dada operatelah hati’. Semua ni penangan dopamin. Ini baharu Level 2.
.
Belum habis lagi. Ada lagi hormon yang keluar. Hormon apa? Hormon stress bernama kortisol.
.
Kenapa pula?
.
Tujuan kortisol ialah turunkan neurohormon serotonin yang jaga mood. Serotonin ini turun ke level yang sama dengan Obsessive Compulsive Disorder (OCD) -sejenis penyakit mental.
.
Jangan risau. Ini bukan bermakna orang bercinta tu ada OCD. Tapi kurangnya serotonin sebabkan fikiran mereka obses fikir orang yang mereka cintai. Waktu inilah jugalah semuanya baik belaka.
.
Buang angin pun wangi macam kata Bell Ngasri. Tak nampak keburukan langsung.
.
Menarik kan bila tahu hal cinta ini dari sudut otak manusia.
.
Ada satu lagi yang menarik. Bila dua orang hamba Allah yang bercinta lihat ke dalam mata masing ada sesuatu berlaku. Neurohormon yang keluar ialah adrenalin dan noradrenalin.
.
Sebab tulah debaran hati kuat masa ni. Dan kesannya tidak jauh dari kesan orang baru hidu Kokain. Ya macam kita tengok dalam movie tu.
.
Level 3 lain pula. Apabila cinta berlangsung panjang, keluar neurohormon yang akan bawa ke long term relationship – vassopressin.
.
Bila ada vassopresin baharulah merisik dan meminang dilakukan.
Kalau vassopressin belum keluar jangan ajak kahwin. Sebab tu banyak lelaki lari bila diajak kahwin. Hormon belum keluar lagi. Mana mahu dia.
.
Bila vasopression keluar baharulah oxytocin – hormon kasih sayang yang kuatkan ikatan atau attachment jengukkan diri.
.
Masa nilah offer hantar ambil balik kerja. Sabar menanti di luar pejabat.Baharu lagu Renjis renjis dipilis berkumandang.
.
Macam tulah ceritanya bab cinta dan otak ni. Menarik bukan?
.
#DrRizal
