☆Tadabbur Kalamullah 6 Rabiul Awwal 1442H☆
فَلَا تُزَكُّوۤا۟ أَنفُسَكُمۡۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰۤ
“Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa” [Surah an-Najm 32]
#Ayat ini melarang seseorang daripada memiliki anggapan bahawa dirinya itu suci dari melakukan kesilapan serta memuji diri dengan merasakan lebih baik daripada orang lain.
#Sikap seperti ini tergolong dalam sifat mazmumah, iaitu sifat-sifat yang dicela oleh Allah swt tatkala seseorang itu memiliki sifat al-ujub (sifat rasa bangga dengan diri sendiri). Merasakan diri sempurna dan suci.
#Imam Ibnu al-Mubarak rahimahullah berkata: “Perasaan ujub adalah ketika engkau merasakan dirimu memiliki kelebihan tertentu yang tidak dimiliki oleh orang lain”.
#Berkata Imam Sufyan as-Tsauri rahimahullah: “Sifat ujub adalah kekagumanmu pada dirimu sendiri, sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya daripada saudara kamu. Sedangkan boleh jadi kamu tidak beramal dengan benar seperti dia, atau barangkali dia lebih warak daripada kamu terhadap hal-hal yang diharamkan Allah dan lebih tulus amalnya”.
#Ketahuilah, sifat ujub sangat ditegah oleh agama kerana ia merupakan penyebab yang dapat mencetuskan pelbagai sifat-sifat buruk yang lain seperti sombong, takabbur, bongkak, iri hati, dengki, khianat dan pelbagai sifat buruk yang lain.
#Hayatilah kalam Allah yang mulia ini dan insafilah:
وَلَا تُصَعِّرۡ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمۡشِ فِی ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالࣲ فَخُورࣲ
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri” [Surah Luqman 18]
♡Jom renungi dan muhasabah diri kita. Ingatlah, orang yang sentiasa menghisab dirinya pada hari ini, dia akan mendapat kemenangan atau kejayaan pada esok hari (kiamat). Dan sesiapa yang lupa dan lalai untuk menghitung dan menghisab diri, maka dia akan kecewa di akhir nanti (kiamat). Jom banyakkan istighfar serta bertaubat kepadaNya kerana kita insan berdosa♡
🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆ Tadabbur Kalamullah 6 Rabiul Awwal 1442H ☆
فَلَا تُزَكُّوۤا۟ أَنفُسَكُمۡۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰۤ
“So do not praise yourselves (that you are pure from sin). He alone knows best those who are pious ”[Surah an-Najm 32]
#This verse forbids a person from having the assumption that he is pure from making mistakes and praising himself by feeling better than others.
#Attitudes like this belong to the nature of mazmumah, that is, the attributes that are condemned by Allah swt when a person has the nature of al-ujub (the nature of pride in oneself). Feeling perfect and holy.
#Imam Ibn al-Mubarak rahimahullah said: “The feeling of ujub is when you feel you have certain advantages that are not possessed by others”.
#Says Imam Sufyan as-Tsauri rahimahullah: “The nature of ujub is your admiration for yourself, so that you feel that you are more noble and higher in rank than your brother. While it may be that you do not do good deeds like him, or maybe he is more pious than you towards the things that are forbidden by Allah and his deeds are more sincere ”.
#Know, the nature of ujub is strictly forbidden by religion because it is a cause that can trigger various other bad qualities such as arrogance, arrogance, arrogance, envy, envy, treachery and various other bad qualities.
#Live this glorious word of Allah and repent:
And the Lord will give thanks unto the Lord, and he will be exalted in the land of the living.
“And turn not away thy face (from looking down) upon men, and do not walk in the earth with arrogance; surely Allah does not like every one who is arrogant and haughty, but is proud of himself ”[Surah Luqman 18]
♡ Let’s reflect and reflect on ourselves. Remember, the person who always counts himself today, he will get victory or success tomorrow (doomsday). And whoever forgets and neglects to count and calculate himself, then he will be disappointed in the end (doomsday). Let’s do a lot of istighfar and repent to Him because we are sinners ♡
🐊Ust naim
Telegram
Click this link to JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
t.me/tadabburkalamullah/1991
