Malam tadi sembang dengan anak-anak. Macam macam yang kami bualkan. Dari hal universiti sampai masa depan dunia.
.
Dalam berbual ni tiba tiba Maryam tanya. Selamba soalan dia. Tapi makan dalam.
.
Dia kata “so what is your real competition dad?”
.
Saya telan air liur kejap. Saya fikir. Soalan ni nak kenakan si ayah ke?
.
Masa 8 biji mata pandang saya.
.
Saya betulkan duduk sila. Gaya gaya macam tok guru silat dulu dulu.
.
Saya sebut “ayah ada 9 kompetitor.” Saya tengok muka anak-anak. Nak lihat reaksi mereka.
.
Masa ni Akhyar mencelah. “So many”. Lepas tu semua gelak secara berjemaah. Saya pun gelak sekali untuk elak rasa malu.
.
Lepas diam. Saya sambung.
.
“You guys know everyday I compete with:
.
1. My Procrastination – sifat nak bertangguh
2. My Ego
3. My The unhealthy foods
4. My Knowledge that I don’t want to learn
5. My Lack of discipline
6. My Distraction from social medias
7. My Bad habits
8. My Negative behaviours
9. My Self doubt
10. My Knowledge I did not practice
11. My Konsisten dalam buat perkara baik.
.
Masa sebut ni saya tunjuk jari satu persatu. Biar dia orang nampak kiraan saya.
.
Lepas sebut 11 ni saya diam. Saya tengok balik muka anak-anak. Nampak semua ternganga. Masing masing dok proses 11 perkara yang saya sebut ni.
.
“We all have these 11 Competitors.” Kata Hafiey. “Who doesn’t” kata Haikal.
.
Betul lah tu kan. Kita bukan bersaing dengan Cik Kiah sebelah rumah. Bukan juga dengan Abang Mat yang jawatan sama dengan kita. Bukan juga bersaing antara soesis lelaki dan perempuan.
.
Pesaing utama kita ialah diri kita sendiri. Ia bersifat psikologikal. Perkara yang kita kena buat ialah lihat dalam diri. Bukan lihat ke luar.
.
Baiki apa yang ada dalam diri dulu. Lawan 11 perkara ni. Cipta kekuatan dari dalaman.
.
This is the real battle. Lets win this very crucial battle.
.
#DrRizal
