Manusia berubah
Saya dibesarkan dengan didikan yang baik oleh arwah emak dan abah.
Saya dididik untuk solat berjamaah di masjid setiap hari terutamanya subuh, maghrib dan isya’ setiap hari sejak darjah 2 lagi.
Saya belajar al Quran pun daripada arwah emak, manakala hafazan surah utama daripada arwah abah.
Saya aktif dengan aktiviti ko-kurikum dan sukan serta jadi ‘jaguh kampung’. Pernah jadi naib johan larian 400 meter daerah Segamat.
Bab nakal, saya memang no. 1 dalam keluarga dan diketahui oleh jiran guru di sekolah.
Arwah emak adalah orang yang sangat penyabar dan banyak kali jugalah menangis mengendalikan kenakalan saya dulu, apabila mengamuk (Allah sahaja yang tahu).
Saya berubah selepas 6 bulan bersekolah tingkatan 1 di MRSM Kuantan. Saya insaf dan menangisi ‘jahatnya’ saya kepada arwah emak.
Suatu pagi semasa percutian sekolah (form 1), saya membasuh baju-baju di kampung untuk meringankan beban emak. Emak menjenguk masuk bilik air melihat apa yang berlaku, saya sendiri sebak apabila melihat emak menangis melihat perubahan pada diri diri……
Saya terus berubah….
Saya pernah menjadi salah seorang daripada 3 pelajar terbaik negeri Pahang dan juga diamanahkan sebagai Presiden Badan Wakil Pelajar, MRSM Kuantan.
Jangan berputus asa wahai para ibu
– Usap rambut anak-anakmu
– Cium mereka dengan kasih sayang
– Bisikan kasih sayang dan harapan sebelum mereka tidur dan ketika berpisah dengan mereka
– Selepas solat, doakan kebaikan agar mereka mewarisi kebaikan mu
– Doa khas buat mereka dalam sujud terakhir tahajudmu.
Maafkan daku emak dan abah. Semoga emak dan abah berbahagia di syurgaNya.
Juga penghargaan buat para guru dan pendidik begitu berjasa buat diri dan umat ini
[ t.me/zainurrashid ]
