Sekali pandang mungkin ada yang fikir minuman Apple Fox ini adalah minuman jus apple yang biasa kerana pembungkusannya tak seperti arak biasa.
*Namun jangan tersilap!!*
Untuk yang tidak tahu, Apple Fox adalah arak jenis ‘cider’ yang diperbuat daripada apple.
https://en.wikipedia.org/wiki/Cider
Namun yang menjadi kerisauan adalah apabila ada premis perniagaan yang meletakkan minuman Apple Fox ini satu bahagian dengan ruangan makanan yang lain. Sepatutnya arak dan makanan tidak halal yang lain diletakan pada satu ruangan berasingan. Kita risau apabila minuman Apple Fox yang nampak seperti air minuman jus apple biasa ini diletakkan pada ruangan yang sama makanan ‘halal’ yang lain, takut-takut ada yang terbeli kerana nampak seperti jus apple biasa namun sebenarnya adalah arak..
———-

